BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 19, 2012

Exam Sem 6

Bulan ni aku sedang menghadapi peperiksaan akhir semester...lusa adalah paper yang ke2 last..so, ada lagi 2 paper lagi la..hehe..doakan aku ye...aku pon doakan sahabat2ku semoga berjaya dalam peperiksaan..semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah..ok la jom p study!gud luck semua!


Bermula dengan Doa..

Beserta dengan Usaha..

Pertingkatkan dengan Ilmu..

Berakhir dengan Tawakal..


dalam dewan exam..sempat lagi berposing..hihi








Jun 18, 2012

Shopping di Padang Besar

Salam...kelmarin 17 Mei 2012, aku, hanim dan syazana pergi padang besar..kami pergi lepas zohor...hanim drive keta sewa...kami pergi shopping ja...nah!lama xshopping kan..banyak juga la barang yang dibeli..aku beli blaus ala2 muslimah, makanan ringan, bantal tengkuk, jam dan keychain..xlupa juga blaus untuk ummi...kami tawar-menawar juga la..sebab 2 boleh dapat harga murah..hehe..lepas shopping kami pergi solat asar di masjid...lepas tu baru pergi makan..hanim ngn syaz nak makan steamboat..so kenalah cari tempat tu...pusing2 sampaila kami kat restaurant steamboat tu kat arau dekat ILB kalau xsilap...eh lupa dah...ramai jugala orang...aku la paling excited...yela xpenah makan steamboat..aku pesan nasi goreng daging merah...oh no!dagingnya liat betul...adoi!susah betoi nak makan...aku masak lain daging tu kat tempat steamboat tu..bleh plak cam 2..hehe...steamboat dia sedap juga..sup pon sedap...hehe..lepas tu kami makan sate 15cucuk..hah sudah!kenyang betul!lepas makan terus balik...penat juga!huhu..

otw nak g mkn..hanim drive...




jom makan steamboat!

barang2 yang dibeli...

Jun 8, 2012

Mengaji Al-Quran

Assalammualaikum...salam ukhuwah semua...Alhamdulillah semalam saya baru mengajar seorang sahabat saya mengaji Al-Quran..walaupun saya bukanlah pandai sangat dalam hukum tajwid ni, tapi niat ikhlas saya, Allah telah permudahkan...hati rasa senang bila dapat membantu sahabat mendalami ilmu Allah...sebelum ni dia hanya duduk sebelah saya mendengar saya membaca Al-Quran...bersama-sama mendengar terjemahan Al-Quran dari pen digital (saya pinjam dari adik saya)...semalam saya cuba mengajak dia membaca bersama...mulanya dia berasa malu kerana bacaannya kurang mahir katanya..setelah memujuknya, alhamdulillah dia bersetuju mengaji bersama...selepas mengaji dia menyuarakan ingin terus belajar mengaji bersama saya...InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kami...di sini saya ingin berkongsi, walaupun kita  jahil tentang agama, kuatkanlah hati untuk terus mendalami ilmu agama...rendahkan diri mencari sinarNya.... dan sampaikan lah dakwah setakat yang mampu walaupun sepotong ayat....dakwah xsemestinya kepada orang bukan islam, tetapi kepada sesiapa sahaja...kepada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara....berkongsilah ilmu yang diperolehi walaupun sedikit, insyaAllah Allah akan menambahkan ilmu kita lagi...niat yang baik dan ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan..aamiin..



May 30, 2012

Anugerah Kerana Jasa

25 Mei 2012, Jumaat- aku dan 4orang ahli blok A diminta oleh Presiden jadi peserta untuk mewakili dpp tm menghadiri dinner Anugerah Kerana Jasa di Dewan Mas..kami setuju la..dapat makan free, sapa xnak..hehehe..aku, zana dan 3 orang junior blok aku..sampai saja di dewan kami duk satu meja dpp TM kat depan2 juga la..pas2 dapat panggilan dari pengurus dari tm untuk menerima anugerah..dia cakap aku ngn zana kena duduk meja yang dikhaskan kerana kami perlu mewakili pelajar yang dapat hadiah tapi xhadir majlis ni..so ape lagi..berpisah la kami..aku duk di meja penerima anugerah bagi bowling single, zana plak penerima anugerah bagi chellider..huhu..meja kami selang beberapa buah je..sedeynya..dah la aku xkenal sorang pon kat meja 2..nasib baik ada 2 orang junior dpp aku..walaupun xpenah tegur tapi ramah juga la..pas2 ok laa..aku dah xjadi bisu dah..huhu..lpas makan kami beratur g amik hadiah kat pentas..dapat juga peluang g amik hadiah walaupun bukan aku menang pon..cuma jadi wakil ja..hehe..kami balik dah jam 12 lebih..overall majlis ni ok expecially masa perasmian..gempak u!emm..ok la gud luck semua!






May 25, 2012

Jawapan Untuk Soalan Wawa

Assalamualaikum...sorylah wa, lambat jawab soalan2 wa..


sebelum tu jue nak bagitau tentang syarat2 entry untuk entry ni..syarat2nya ialah (copy paste dari blog wa je la ye..hihi):-
>> Tak boleh tag orang yang sama..
>> Harus meletakkan syarat2 ni di entry..
>> Pastikan mereka semua tahu mereka sudah di'tag'..
>> Ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri & bkn orang lain..

>> Jawab semua soalan yg diberi oleh org yg tag anda itu, dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yang anda ingin tag.. 

okla ni jawapan dari soalan2 Najwa

1. Apa nama manja ampa dan kenapa?
    Jawapan: 
jue..kenapa erk?dah semua org panggil nama saya cam tu kecuali umi saya ja panggil nama penuh saya..juwairiah!tapi saya memg suka org panggil nama 'jue' kerana rasa  janggal la plak bila org panggil nama penuh...dikhaskan utk umi saya ja..(klu umi saya panggil nama 'juwairiah' , saya rasa sangat la diberi perhatian)..huhu..


 2. Makanan apa paling susah nak telan?
     Jawapan: 
uih..banyak ni..bukan paling susah saja, tapi memang xboleh nak telan pon iaitu sosej/hotdog...emm memang xboleh nak gigit pon..selain itu, saya xreti nak makan semua jenis asam kecuali asam keping dan asam jawa ja..dah 2 asam tu je masuk dalam masakan..memang makan juga la..asam jenis lain, semua xboleh telan..makanan ringan juga saya kurang gemar..kalau minuman plak, 100plus dan minuman bergas..emm memang xlepas tekak la..mesti termuntah balik..dah wat experimen semua, tapi masih gagal juga!hahaha...


3. Pengalaman manis sepanjang Form 6?
    Jawapan: 
emm...banyak la juga..antaranya lawatan ke Cameron Highland bersama rakan2 f6..mengendalikan hari guru sekolah, saya kena bawa bunga manggar semasa perarakan guru ke dewan sekolah..hehe..tidak dapat dilupakan ucapan dan nasihat dari arwah cikgu Fuad (Abah)..seorang guru yang sangat sempoi, lucu dan friendly..nasihat dan peringatan beliau, saya masih ingat sampai ke hari ini..sayangnya xdapat bersama2 meraikan kejayaan kami dapat masuk ke ipta2...Al-Fatihah buat Almarhum...


4. Sapa pemegang rahsia terbesar dalam hidup ampa? 
    Jawapan:
Tak tahu ke??la...mestilah awak Nurun Najwa Khalid...awak pemegang rahsianya..nak kata rahsia besar, xde la besar sangatnya..hehe..awak kan bezfriend forever (bff) saya..hehe..xjumpa lagi sahabat yang sebaik awak..awak memang baik la wa..tq to be myfriend!


5. Ampa suka pantai ka air terjun?
   Jawapan:
Saya suka dua-dua la...dua2 alam semulajadi, mestilah cantik kan..tapi yang paling saya suka, air terjun la..berasa tenang ja mendengar bunyi air jatuh dan ungas2 hutan..

6. Berapa bajet utk kawen? 
    Jawapan:
Bergantung pada kemampuan pasangan saya nantilah...sederhana2 cukupla..xperlu grand2 bagai..berkat 2 yang penting...yang pasti pasangan saya 2 dapat jadi imam untuk keluarga dan membimbing saya mendekatkan diri pada Allah..xperlu nak mewah2 sangat la...

7. Hello Kitty dgn Shin Chan, mana lg comei?

    Jawapan: 
Emm mestilah Hello Kitty...cutenya!!!!!kartun kegemaran saya dari sekolah..hihik..

8. Ampa kaki shoping atau tidak? kenapa?
    Jawapan:
Emm mestilah x..saya kan guna kaki manusia..hehehe..emm beli yang mana perlu ja..tapi kalau bila ada mega sell, boleh juga la jadinya kaki shoping 2..hihihik..

9. Pandangan ampa tentang - takdir ?
    Jawapan:
Takdir adalah sesuatu ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah..kita perlu menerimanya dengan redha...setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya..teruskan berusaha dan berdoa jika mahu berubah kepada kebaikan!

10. Sepanjang dok kat U, apa aktiviti paling best ampa pernah lalui?

      Jawapan:
Ish..banyak ni..antaranya camping di lata celak,baling n camping di Kem Kandu, Perak...kursus pengurusan organisasi kat balik pulau, Penang..dan banyak lagi la..


11. Mandi sehari bopa kali? huhuhu..
  Jawapan:
Sekurangnya 2kali sehari...sebabnya kadang2 cluz dari pagi sampai petang..tapi kalau kelas habis tengahari, mandi ja terus..petang nanti mandi lain...so selalu 3 kali sehari la...kalau panas sangat, tengah malam pon saya mandi lagi..tapi xselalu la..xbaik untuk kesihatan kan..hehehe..


ok la..ni soalan untuk cik salsa dan layna..


1. Apa aktiviti hujung minggu anda semasa di uum?
2. Siapa teman paling rapat anda di uum?
3. Penah ponteng kuliah tanpa sebab x?
4. Berapa kali dalam sebulan anda pergi bersenam?
5. Berapa banyak program yang anda join sepanjang belajar di uum?
6. Berapa kerap anda balik kampung dalam sebulan?
7. Bila kali terakhir anda pergi perpustakaan SB?
8. berapa kali sehari anda makan?
9. Jam berapa selalu anda tidur?
10. Apakah barang penting yang akan anda bawa kemana2 saja?
11. Apakah pengalaman manis anda sepanjang belajar di uum?

May 22, 2012

Eksplorace di UUM

21 Mei 2012,.eksplorace ni dibuat oleh pelajar2 master komunikasi..event ni besar la juga..selain eksplorace ada permainan lain seperti congkak, teng-teng, batu seremban, tuju kasut dan melukis & mewarna...lecturer komunikasi aku, cik ayu suruh kami join game ni..dia akan bagi markah tambahan utk sesiapa yang join..disebabkan sema game dah penuh cuma tinggal eksplorace je..so aku pon daftar masuk eksplorace la..setiap kumpulan ada 2 org ahli..aku satu group ngn som chay iaitu budak group asgnment komunikasi aku..kami perlu bayar rm6 untuk daftar game ni..kami berjanji pakai baju warna biru..jam 2 petang kami pergi daftar di kaunter..xramai yang datang masuk eksplorace..3 kumpulan ja..kami dilepaskan pada jam 2.30ptg..klu pertama yang kami dapat ialah 'ulat buku'..so kami pergi perpustakaan sultanah bahiyah..di sana kami perlu jawab soalan iaitu apakah ibu negara algeria..kami lulus..so kami dapat klu yg ke2 utk pergi ke tempat lain iaitu 'bank Islam lama',,,tahu x kat mana?? kat dewan konvesyen la..kami pergi kat sana..kami kena makan makanan thailand iaitu som tang kot..aku xpasti sgt sebutannya..hihik..erk aku xmakan la..rasa sket ja, selebihnya som chay yg habiskan..dia memg suka makanan 2 sebab dia kn bangsa thailand juga..huhu..soalan yg kami perlu jawab ialah apakah bahan2 di dalam makanan tersebut..hah sudah!aku memg xpenah masak makanan ni..som chay dapat memberikan jawapan yg tepat..huh cayalah chay!huhu..kemudian kami diberi klu yg ke3 iaitu 'haiwan berkaki empat, berlari pantas'...senang ja..kandang kuda la..di sana kami disambut dengan welcome to china...haha..kami diberi 2 pilihan samada nak buat part 1 or 2..kami pilih satu,,so kena jawab soalan berkaitan negeri china,,kami perlu dapat 8/10 dalam masa 2minit..agak2 boleh buat x??huh susah jga soalannya..kami gagal, so kami diberi pilihan utk tggu selam 15minit atau buat part ke2..aku pilih buat part 2..iaitu kena masukkn benang ke ke jarum yg berada di atas polistrin tanpa memegang jarum dalam masa 2minit..huhu..kacang je...aku dapat siapkan kurang dari 1 minit..hebat x?haha..kemudian kami dilepaskan utk ke cekpoint seterusnya iaitu klunya 'diantara dkg 4 dan dkg 6'..mestilah dkg 5 kn..hihi..kami p dkg 5..kami perlu cantum puzzle yang berbentuk gambar pemandangan sebuah tempat di korea..kemudian kami perlu meneka di mana tempat tersebut..aku dapat jawab bila dia bagi klu 'pulau'..ha tentulah pulau jeju..yg 2 ja pulau yg aku tahu di korea..hehehe..cekpoint terakhir kami adalah di cafe dkg 6 iaitu di hujung skali..wah! penat juga berlari dalam panas ni..di cekpoint tersebut kami perlu menghidu dan meneka bahan2 di dalam keempat2 cawan tersebut dengan menutup mata..mulanya chay yg hidu..dia ckp kat aku macam rokok..hah sudah!xmgkin la..so aku bau la..nasib baik aku dapat hidu..bahan2 dlm keempat2 cawan tersebut ialah kulit kayu manis, bunga lawang.serbuk kari dan bunga cengkih..betul!!wah! aku pon xpercaya kami bleh jawab semua cekpoint dalam masa 35minit sahaja..lepas ja game kami habis, aku pergi tgok peserta2 mewarna..cik ayu pon masuk juga..lpas 2 dia tggal kat aku, dia suh habiskan mewarna..huh na..! lama xmewarna, jadi kekok plak..huhu..tp aku dapat juga selesaikannya...selepas penyampaian hadiah bg game eksplorace, aku pon balik la..hadiah yg aku dapat ialah hamper( kena bahagi 2 dgan som la), baucer diskaun utk rawatan badan/rawatan muka, lady care, buku note dan kek coklat..lukisan yang aku warna tadi, cik ayu tulis nama dia dan nama aku, tp aku xtggu pon penyampaian hadiah dia..xpela klu menang pon bagi kat cik ayu je..dah banyak hamper aku dapat..hehe..ok la terima kasih kepada semua yang byk menyokong dan memberi semangat kepada aku selama ini..tq juga kat kawan aku ni, som chay yg memberi kerjasama yg bagus sepanjang game ni berlangsung,,,ok la nnti aku story lagi ya..salam..

penyampaian hadiah oleh Cik Ayu...som chay dan aku..

ni la hadiah kami..goodies beg sorang satu dan hamper...


May 19, 2012

Lawatan Ke EMKAY Group

Hari khamis lepas, 17 Mei 2012 aku pergi ke kl untuk melawat galeri EMKAY group..kebanyakan peserta terdiri dpada coursemateku..dari cluz gelagat..kami pergi sebuah bas ja..kami bertolak jam 3.30ptg dari CUIC..kami singgah makan dan solat di hentian sebelah gurun..selepas beberapa persinggahan lagi, kami sampai di kolej islam antarabangsa, kl pada jam 12mlam..kami dibahagikan 2 kumpulan utk menginap di apartmen..kami duk di tingkat 23A..yg paling tinggi la..wah!beznya dapat tgk pemandangan kl..aku ngn beberapa kawan aku tido sebilik..walaupun katil ada 4 ja tp yang tido dalam bilik 2 ada 6 org..sebabnya xnak berpisah bilik lain..akibatnya bentang tilam kat bawah la..tido ramai2..riuh jadinya!hahaha...selepas mandi dan solat aku tido la..tp diorang xtido lagi sebab tggu makanan yg dipesan kat org lain..aku diet, xnak mkn tgah2 mlam..hihik..



dalam bas, aku dan hana..

azie ngn ros..jiran sebelah kerusi..hihi

nana ngn fiza...coursemate aku..

Pada hari kedua, 18 Mei 2012, selepas subuh aku sempat menangkap bebrapa gambar pemandangan kl...subhanallah!cantik betul! pada jam 10pagi kami bersiap utk cekout..kami nak pergi makan..kami singgah makan di the curve...kami mkan nasi ayam di situ dan sempat meninjau kedai2 di situ...beli majalah ja..xsempat nak pilih barang lain coz masa yg diberi terhad..selepas makan kami bertolak terus pergi ke Menara Mustapha Kamal..kami disambut staff di sana..kami dibawa melawat galeri EMKAY group..galeri ni tentang usahawan berjaya iaitu Tan sri dato' Mustapha Kamal..banyak gambar2 kejayaannya dan kerja2 sosial yg dibuat oleh syarikatnya..kami sempat bergambar dan membaca catatan2 di situ..pada jam 4 petang kami dibawa ke ruang dewan untuk mendengar perkongsian pengalaman oleh Tan sri dato' Mustapha Kamal..dia bahasakan dirinya pak cik ketika bercakap dgn kami..walaupun punyai pangkat tapi beliau langsung tidak sombong..cepat mesra dan melayan kami seperti anak2nya..kagum aku melihat perwatakan dia..dia mengajar kami kunci utk menjadi usahawan yang berjaya..insyaAllah aku akan igt pesanan2 beliau..kami sempat bergambar bersama beliau..kami dijamu makan di cafeteria EMKAY group..kemudian kami terus bertolak balik ke UUM..selepas beberapa perhentian, kami sampai di uum jam 1.30pagi..aku mandi dan terus tido..penat!huhu..

pemandangan kl semasa subuh...

my coursemate

nak cekout dh

dalam the curve




makan nasi ayam


disinilah terletak galeri emkay..







koleksi majalah yg mengisahkan tentg tan sri..


antara anugerah yang tan sri dpat..


sebahagian galeri emkay..

en. syamsul bagi taklimat tentang galeri emkay..

my coursemate..

tan sri bercerita tntg pengalaman dan memberi nasihat..

pelajar2 sedang mendengar cerita dari tan sri..

tan sri dengan lecturer dan staf2 uum..

May 15, 2012

Program Kepimpinan

Pada 5 Mei yang lalu, pusat kaunseling UUM menganjurkan program  GCB.. program ni untuk melatih pelajar2 membina jati diri kepimpinan dalam diri pelajar...pelajar yang terlibat terdiri drpada pelajar semester 2, 5 dan 6..bayaran sebanyak rm5 saja..aku dan beberapa kawan aku join program ni..pada jam 8.30 pagi kami pergi ke padang palapes..selepas mendaftar kami diberi breakfirst iaitu air mineral n roti sebungkus..selepas sarapan kami buat senamrobik beramai2..ramai juga pelajar yang datang..dalam jam 11pagi kami dipecahkan 2 kumpulan besar..1kumpulan pergi jungle traking dulu n satu kumpulan lagi buat rempuh halangan dulu..kami dibahagi kumpulan kecil plak iaitu seramai 12org ahli setiap kumpulan dan seorg fasi..aku dan kawan2 aku buat rempuh halangan dulu..kami berjalan pergi ke tempat latihan plkn..kami kena buat semua aktiviti tersebut..aku xterkecuali dari jatuh dalam air semasa melintasi kolam dengan bergayut tali...habis basah seluar aku dan kotor juga disebabkan menyusur di bawah pagar berduri..hukhuk..selepas selesai habiskan semua aktiviti rempuh halangan, kami pergi jungle traking plak...kami masuk hutan sintok..penat juga mendaki ni..aduh lama exercise, semput jadinya..huhuhu..kami melintasi jambatan gantung seorang demi seorang...kami keluar di jalan hadapan canselori..pastu kena jalan balik ke padang palapes...huh! penat juga..kami sampai di padang palapes pukul 1pm..lepas ambil mkanan terus kami balik..kami tumpang kereta abg Am cafe..dia g hantar makanan kat situ..so balik kosongla..kami tumpang la dia..kami duduk di belakang beramai2...macam pati la plak..hehehe..bantai ja coz xlarat jalan dah...sampai ja TM terus makan..lpas makan, mandi dan basuh baju..masa mandi kaki aku masih mengalir darah..kena pacat la 2..tp binatang 2 dah xda..nasib baik, klu x habisla bising blok aku ni dengan jeritan maut aku..hihihik..sejam kemudian baru darah berenti selepas aku tekan beberapa kali..terus g solat n tido..penat2!!apa2 pon salah satu angan2 aku nak masuk hutan sintok dah tercapai!hihik..

tengah berkumpul..

sarapan pagi..roti dan mineral water..

aku ngn hanim

melepasi kawat berduri..

baru lepas rempuh halangan..euwww kotor kan..hihik


otw pergi hutan sintok..


my group..


May 12, 2012

Dinner TM di Hotel Brasmana

Semalam, 11 Mei 2012, dpp aku buat grand dinner kat Hotel Brasmana di Kuala Perlis. kami bertolak dari dpp tm jam 6.15ptg..sampai di sana jam 7.15...seramai 500org pelajar sahaja yang datang..aku sebagai RA tolong la pendaftaran..selepas magrib jam 8malam, pendaftaran pon bermula...vip2 datang pada jam 9malam..banyak anugerah2 yang diberi antaranya pelajar terbaik lelaki & perempuan, anugerah kenang jasa, anugerah pilihan pengetua, pelajar harapan lelaki & perempuan, pelajar paling popular lelaki dan perempuan dan king & queen..aku dapat hadiah bagi kategori pelajar paling popular perempuan..anugerah ini berdasarkan undian terbanyak..jutaan terima kasih kepada kawan2 dan ahli2 blok Alpha dpp tm kerana mengundi dan menyokong saya..saya akan meningkatkan lagi usaha dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan..mohon doakan semoga saya diberikan kekuatan olehNya dalam menjalankan tugas2 yg diamanahkan..