BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 5, 2012

Daging masak Kari

4 Mei, 10 pagi, aku, hana dan nisa' pergi umah kak nora di Changlun. Assignment cluz bahasa arab aku kena buat video masakan arab..aku kumpulan dengan nisa'. so, kami datang umah k.nora sebab nak pinjam dapur dia la..nak masak..hana plak jadi jurufoto..huhu..kami sampai di umah kak nora jam 10.30pagi...abg rozi(suami k.nora) belikan kami nasi lemak..so kami sempatlah sarapan juga kat umah dia..dalam jam 11lebih kak nora, abg rozi ngn anak2 dorg kluar p umah saudara mereka..so kami ja la yg tinggal di umah dia..kami mula menyediakan bahan2 untuk buat masakan kari daging..aku bawa sedikit bahan2 yang kering dari rumah..nisa' beli daging, santan dan ubi kentang..selepas semua bahan2 disediakan, hana mula buat rakaman..kami bercakap bahasa arab la..nisa' beritahu bahan2nya manakala aku plak buat demo masak kari daging..kami memg xhafal tapi kami tampallah skrip 2 kat dinding..nasib baik hana xtunjuk sangat muka..kalau x kantoi la kami baca..selepas abis masak, kami makan sama..kami pulang pada jam 4ptg..sempat lagi tapau untuk makan malam..hehehe..


Bahan-bahan ( Anggaran 3 orang. )

  • ½ kg daging - dihiris keping
  • 2 ulas bawang merah– di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1.5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 sudu besar rempah kari daging – di campur dgn air – jadikan pes
  • 1 kotak santan 
  • 15 biji cili kering -dikisar
  • 2 biji ubi kentang  ( di kupas dan di potong )
  • 1 keping asam
  • 1 batang serai- dititik
  • 2 sudu besar kerisik
  • halia- ditumbuk
  • minyak untuk tumis
  • sos lada hitam
  • garam, gula, dan perisa secukupnya
  • air secukupnya..

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pes kari daging, kerisik dan cili yang dikisar. Masak atas  api perlahan sehingga wangi.
  4. Masukkan daging dan ubi kentang yang telah dipotong.
  5. Tuangkan sedikit  air ke dalamnya untuk mengelakkan rempah jadi kering.
  6. Masukkan juga asam keping dan serai yg dititik.
  7. Tunggu sehingga daging sedikit empuk,masukkan santan dan air untuk yang suka kuah banyak..
  8. Tuangkan sedikit sos lada hitam jika mahu lebih pedas.
  9. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perencah secukupnya. gaul sehingga sebati.
  10. Setelah daging telah empuk, maka api boleh ditutup. sedia untuk dihidang.


baca skrip sambil breakfirst!






daging masak kari



rumah kak nora