Hari khamis lepas, 17 Mei 2012 aku pergi ke kl untuk melawat galeri EMKAY group..kebanyakan peserta terdiri dpada coursemateku..dari cluz gelagat..kami pergi sebuah bas ja..kami bertolak jam 3.30ptg dari CUIC..kami singgah makan dan solat di hentian sebelah gurun..selepas beberapa persinggahan lagi, kami sampai di kolej islam antarabangsa, kl pada jam 12mlam..kami dibahagikan 2 kumpulan utk menginap di apartmen..kami duk di tingkat 23A..yg paling tinggi la..wah!beznya dapat tgk pemandangan kl..aku ngn beberapa kawan aku tido sebilik..walaupun katil ada 4 ja tp yang tido dalam bilik 2 ada 6 org..sebabnya xnak berpisah bilik lain..akibatnya bentang tilam kat bawah la..tido ramai2..riuh jadinya!hahaha...selepas mandi dan solat aku tido la..tp diorang xtido lagi sebab tggu makanan yg dipesan kat org lain..aku diet, xnak mkn tgah2 mlam..hihik..
dalam bas, aku dan hana.. |
azie ngn ros..jiran sebelah kerusi..hihi |
nana ngn fiza...coursemate aku.. |
Pada hari kedua, 18 Mei 2012, selepas subuh aku sempat menangkap bebrapa gambar pemandangan kl...subhanallah!cantik betul! pada jam 10pagi kami bersiap utk cekout..kami nak pergi makan..kami singgah makan di the curve...kami mkan nasi ayam di situ dan sempat meninjau kedai2 di situ...beli majalah ja..xsempat nak pilih barang lain coz masa yg diberi terhad..selepas makan kami bertolak terus pergi ke Menara Mustapha Kamal..kami disambut staff di sana..kami dibawa melawat galeri EMKAY group..galeri ni tentang usahawan berjaya iaitu Tan sri dato' Mustapha Kamal..banyak gambar2 kejayaannya dan kerja2 sosial yg dibuat oleh syarikatnya..kami sempat bergambar dan membaca catatan2 di situ..pada jam 4 petang kami dibawa ke ruang dewan untuk mendengar perkongsian pengalaman oleh Tan sri dato' Mustapha Kamal..dia bahasakan dirinya pak cik ketika bercakap dgn kami..walaupun punyai pangkat tapi beliau langsung tidak sombong..cepat mesra dan melayan kami seperti anak2nya..kagum aku melihat perwatakan dia..dia mengajar kami kunci utk menjadi usahawan yang berjaya..insyaAllah aku akan igt pesanan2 beliau..kami sempat bergambar bersama beliau..kami dijamu makan di cafeteria EMKAY group..kemudian kami terus bertolak balik ke UUM..selepas beberapa perhentian, kami sampai di uum jam 1.30pagi..aku mandi dan terus tido..penat!huhu..
pemandangan kl semasa subuh... |
my coursemate |
nak cekout dh |
dalam the curve |
makan nasi ayam |
disinilah terletak galeri emkay.. |
koleksi majalah yg mengisahkan tentg tan sri.. |
antara anugerah yang tan sri dpat.. |
sebahagian galeri emkay.. |
en. syamsul bagi taklimat tentang galeri emkay.. |
my coursemate.. |
tan sri bercerita tntg pengalaman dan memberi nasihat.. |
pelajar2 sedang mendengar cerita dari tan sri.. |
tan sri dengan lecturer dan staf2 uum.. |
0 comments:
Post a Comment