BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 8, 2012

Mengaji Al-Quran

Assalammualaikum...salam ukhuwah semua...Alhamdulillah semalam saya baru mengajar seorang sahabat saya mengaji Al-Quran..walaupun saya bukanlah pandai sangat dalam hukum tajwid ni, tapi niat ikhlas saya, Allah telah permudahkan...hati rasa senang bila dapat membantu sahabat mendalami ilmu Allah...sebelum ni dia hanya duduk sebelah saya mendengar saya membaca Al-Quran...bersama-sama mendengar terjemahan Al-Quran dari pen digital (saya pinjam dari adik saya)...semalam saya cuba mengajak dia membaca bersama...mulanya dia berasa malu kerana bacaannya kurang mahir katanya..setelah memujuknya, alhamdulillah dia bersetuju mengaji bersama...selepas mengaji dia menyuarakan ingin terus belajar mengaji bersama saya...InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kami...di sini saya ingin berkongsi, walaupun kita  jahil tentang agama, kuatkanlah hati untuk terus mendalami ilmu agama...rendahkan diri mencari sinarNya.... dan sampaikan lah dakwah setakat yang mampu walaupun sepotong ayat....dakwah xsemestinya kepada orang bukan islam, tetapi kepada sesiapa sahaja...kepada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara....berkongsilah ilmu yang diperolehi walaupun sedikit, insyaAllah Allah akan menambahkan ilmu kita lagi...niat yang baik dan ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan..aamiin..