Salam..Hai apa kabar semua?? minggu ni aku xberapa sihat sgt..biasalah tgah musim demam..banyak kelas yang aku ponteng..xpela nanti aku tulis surat cinta kat lectrer aku..hehe...emm aku nak share tentang kem yang aku pergi minggu lepas iaitu pada 1 hingga 3 Mac 2012..kem team building ni untuk RA(Resident Assistant) dan ketua blok..kem ni diadakan di kem bina negara balik pulau,pulau pinang...pada jam5ptg hari khamis kami bertolak dengan menaiki bas..sebanyak 4 buah bas membawa peserta yang terdiri daripada ra dan ketua blok setiap dpp..dpp aku ada 6 blok..so 12orang la wakil dpp tm..kami singgah solat di r&r di Gurun..kemudian bertolak terus ke kem di balik pulau..kami sampai di kem lebih kurang jam 9 stgah malam..kami dijamu makan dan solat isyak..pada jam 10 malam kami diberi taklimat serba sedikit tentang keadaan kem ni dan diberi kumpulan masing2..ahli kumpulan aku seramai 17org..terdapat 9 kumpulan semuanya..semua wang kami dan dompet kami diambil untuk disimpan..kami hanya boleh memegang ic, kad matrik dan handset sahaja..majlis selesai jam 12mlam..sebelum balik ke kamar kami diberi cadar dan selimut..aku mandi dan tidur..keesokkan pagi kami digembarkan dengan bunyi loceng kecemasan lebih kurang dalam jam 5pg..jurulatih mendapat panggilan mengatakan air ombak besar..so kami diminta berkumpul..kem ini bersebelah dengan laut..air ombak memg dapat dengar dengan jelas..jika terjadi ombak besar kami diminta berlari ke atas bukit di belakang kem tersebut..selepas merasakan keadaan selamat, kami dibenarkan pulang ke kamar..selepas mandi kami solat berjemaah di surau yang disediakan..kami berkumpul semula pada jam 7 pagi untuk aktiviti senaman pagi serta sarapan..pada jam 10 pagi kami berkumpul semula untuk taklimat aktiviti seterusnya..kami diminta menyerahkan kad matrik kami kepada jurulatih..kami diberi air mineral dan roti sebagai bekalan..kami juga mendapat sampul yang berisi rm5 setiap orang..so kami hanya memiliki handset, wang rm5 dan kad pengenalan..kemudiaan kami menaiki bas untuk dibawa ke bandar..sebenarnya kami langsung tidak tahu apa aktiviti yang akan kami perlu lakukan sehingga kami sampai di padang kota..selepas sampai kami diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan..aktiviti kami adalah eksplocity..kami perlu pergi 3cekpoint sebelum pulang ke kem pada jam 7mlam dengan wang rm5 sahaja..selepas itu kami menunggu giliran kumpulan yang akan dipanggil untuk diberi arahan..selepas 3 kumpulan berlepas, kumpulan aku pula dipanggil..kami diberi sampul yang mengandungi arahan untuk ke muzium perang, batu maung..kami perlu mencari lambang pokok seperti yang diberi contoh..kami perlu sampai dengan 17 ahli yang cukup dan menyiapkan tugasan di sana sebelum pergi ke cekpoint ke2..kami berjalan dari padang kota ke komtar...kami sampai lebih kurang jam1ptg di komtar..ahli group aku telah terjumpa dengan 2 org kawan mereka..diorang minta pinjam wang rm50 setiap sorang..so mereka dapat rm100..kami menaiki bas rapid penang untuk pergi ke batu maung..kami perlu bayar rm3.40 setiap sorg untuk pergi ke sana setelah kami diberi diskaun atas rundingan ketua kumpulan kami..harga sebenar adalah rm4..dalam perjalanan aku dapat melihat banyak ragam manusia semasa dalam bas rapid penang..aku melihat pelajar2 yang bergaduh..kesian juga aku tengok tapi kalau ditegur lagi membara nanti..takut plak aku nak tegur..nampak cam gangster2 ja..emm aku jumpa budak kecik lebih kurg 3tahun yang banyak sangat cakap dan membuli abangnya..sangat berani aku kira..dia xnak duduk di sebelah maknya tapi nk duduk di sebelah laki india iaitu di belakang mak dia..aku nak tangkap gambar dia tapi dia tunjuk penumbuk kat aku..wah! berani gler budak ni..haha..lucu plak tgok budak kecik cam gangster..klu budak laki xpela tp ni budak perempuan beb!haha...selepas 1 jam dalam perjalanan, bas kami rosak plak, so kami terpaksa tunggu bas yang lain datang amik..selepas sampai di batu maung, kami perlu mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang..kami menyumpai gambar pokok yang dimaksudkan..kami menjawab soalan yang diberi oleh jurulatih yang ditugaskan..antaranya kami perlu menangkap gambar pembina muzium perang ni dan bergambar di depan pintu masuk muzium..ketua kami masuk ke dalam muzium perang untuk mendapatkan gambar pembina muzium perang...kami mengumpulkan wang sebanyak rm20 untuk membeli pas masuk...sementara tunggu ketua kami keluar kami bergambar2 di situ...wani berjumpa dengan sepupunya..dia mendapat rm50 daripada sepupunya..selepas selesai tugas kami, kami mendapat arahan untuk pergi ke muzium permainan( toy muzium) di Tanjung Bunga..kami menaiki bas rapid untuk pergi ke jety..untuk pergi ke tanjung bunga kami perlu naik bas dari jety..kami sampai di jety jam 5 lebih..hujan lebat mencurah-curah..kami menunggu di bus stesen,jety..ketua kami, naim pergi mencari bas untuk ke tanjung bunga..kami dimaklumkan oleh pengarah projek iaitu kak zai, cekpoint ke2 kami di tanjung Bunga dan cekpoint ke3 ialah di pulau jerejak..untuk pergi ke pulau jerejak,kami perlu naik bas di jety juga..dari pulau jerejak kami perlu balik sendiri ke BTN balik pulau..bas untuk ke tanjung bunga adalah rm2 setiap orang..so kami perlu ada rm4 setiap sorg untuk pergi dan balik...tetapi selepas dikumpul semua wang yang ada dalam kumpulan kami, kami hanya mempunyai rm85 sahaja..untuk balik ke btn kami perlu bayar rm2 juga setiap sorg..selepas berbincang kami membuat keputusan untuk terus balik ke btn balik pulau memandangkan masa dan kos yang xmencukupi..kami menaiki bas ke balik pulau..kami sempat membeli 2 bungkus roti keping gardenier dan 3 botol air mineral besar..kami berkongsi makan dalam bas..nampak kelaparan dah masing2..haha..kami sampai di stesen bas balik pulau pada jam 9 malam..kemudian bas unic iaitu bas kami datang ambil untuk balik ke kem..kami balik mandi dan makan..kami juga diberi tahu da beberapa kumpulan yang masih di jeti kerana tidak cukup wang untuk balik ke kem..namun mereka sempat pergi ke cek point ke2..mereka balik lebih kurang jam 11malm..ada kumpulan yang sempat menyiapkan ketiga-tiga cekpoint kerana jarak tempat mereka tidak terlalu jauh..ada mereka yang melakukan kerja untuk mendapat wang lebih..seperti bekerja di kedai makan, menjual bekalan yang diberi dan menangkap gambar untuk foreigner serta mengambil bayaran untuk tempat yang percuma(agak kejam di situ ye)haha..bijak juga diaorg ye....kesian jugala untuk kumpulan yang sampai lambat di kem..
|
berkumpul untuk dikutip kad matrik.. |
|
bas unic di belakang yang akan membawa kami ke padang kota. |
|
padang kota |
|
rapid penang yang kami naiki.. |
|
dalam bas rapid penang.. |
|
budak kecik yang garang..haha |
|
ahli2 group aku.. |
|
mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang.. |
|
pemandangan dari atas muzium perang.. |
|
mengumpul wang untuk membeli pas masuk muzium..rm20 |
|
bergambar di hadapan muzium perang.. |