BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 19, 2012

Lawatan Ke EMKAY Group

Hari khamis lepas, 17 Mei 2012 aku pergi ke kl untuk melawat galeri EMKAY group..kebanyakan peserta terdiri dpada coursemateku..dari cluz gelagat..kami pergi sebuah bas ja..kami bertolak jam 3.30ptg dari CUIC..kami singgah makan dan solat di hentian sebelah gurun..selepas beberapa persinggahan lagi, kami sampai di kolej islam antarabangsa, kl pada jam 12mlam..kami dibahagikan 2 kumpulan utk menginap di apartmen..kami duk di tingkat 23A..yg paling tinggi la..wah!beznya dapat tgk pemandangan kl..aku ngn beberapa kawan aku tido sebilik..walaupun katil ada 4 ja tp yang tido dalam bilik 2 ada 6 org..sebabnya xnak berpisah bilik lain..akibatnya bentang tilam kat bawah la..tido ramai2..riuh jadinya!hahaha...selepas mandi dan solat aku tido la..tp diorang xtido lagi sebab tggu makanan yg dipesan kat org lain..aku diet, xnak mkn tgah2 mlam..hihik..



dalam bas, aku dan hana..

azie ngn ros..jiran sebelah kerusi..hihi

nana ngn fiza...coursemate aku..

Pada hari kedua, 18 Mei 2012, selepas subuh aku sempat menangkap bebrapa gambar pemandangan kl...subhanallah!cantik betul! pada jam 10pagi kami bersiap utk cekout..kami nak pergi makan..kami singgah makan di the curve...kami mkan nasi ayam di situ dan sempat meninjau kedai2 di situ...beli majalah ja..xsempat nak pilih barang lain coz masa yg diberi terhad..selepas makan kami bertolak terus pergi ke Menara Mustapha Kamal..kami disambut staff di sana..kami dibawa melawat galeri EMKAY group..galeri ni tentang usahawan berjaya iaitu Tan sri dato' Mustapha Kamal..banyak gambar2 kejayaannya dan kerja2 sosial yg dibuat oleh syarikatnya..kami sempat bergambar dan membaca catatan2 di situ..pada jam 4 petang kami dibawa ke ruang dewan untuk mendengar perkongsian pengalaman oleh Tan sri dato' Mustapha Kamal..dia bahasakan dirinya pak cik ketika bercakap dgn kami..walaupun punyai pangkat tapi beliau langsung tidak sombong..cepat mesra dan melayan kami seperti anak2nya..kagum aku melihat perwatakan dia..dia mengajar kami kunci utk menjadi usahawan yang berjaya..insyaAllah aku akan igt pesanan2 beliau..kami sempat bergambar bersama beliau..kami dijamu makan di cafeteria EMKAY group..kemudian kami terus bertolak balik ke UUM..selepas beberapa perhentian, kami sampai di uum jam 1.30pagi..aku mandi dan terus tido..penat!huhu..

pemandangan kl semasa subuh...

my coursemate

nak cekout dh

dalam the curve




makan nasi ayam


disinilah terletak galeri emkay..







koleksi majalah yg mengisahkan tentg tan sri..


antara anugerah yang tan sri dpat..


sebahagian galeri emkay..

en. syamsul bagi taklimat tentang galeri emkay..

my coursemate..

tan sri bercerita tntg pengalaman dan memberi nasihat..

pelajar2 sedang mendengar cerita dari tan sri..

tan sri dengan lecturer dan staf2 uum..

May 15, 2012

Program Kepimpinan

Pada 5 Mei yang lalu, pusat kaunseling UUM menganjurkan program  GCB.. program ni untuk melatih pelajar2 membina jati diri kepimpinan dalam diri pelajar...pelajar yang terlibat terdiri drpada pelajar semester 2, 5 dan 6..bayaran sebanyak rm5 saja..aku dan beberapa kawan aku join program ni..pada jam 8.30 pagi kami pergi ke padang palapes..selepas mendaftar kami diberi breakfirst iaitu air mineral n roti sebungkus..selepas sarapan kami buat senamrobik beramai2..ramai juga pelajar yang datang..dalam jam 11pagi kami dipecahkan 2 kumpulan besar..1kumpulan pergi jungle traking dulu n satu kumpulan lagi buat rempuh halangan dulu..kami dibahagi kumpulan kecil plak iaitu seramai 12org ahli setiap kumpulan dan seorg fasi..aku dan kawan2 aku buat rempuh halangan dulu..kami berjalan pergi ke tempat latihan plkn..kami kena buat semua aktiviti tersebut..aku xterkecuali dari jatuh dalam air semasa melintasi kolam dengan bergayut tali...habis basah seluar aku dan kotor juga disebabkan menyusur di bawah pagar berduri..hukhuk..selepas selesai habiskan semua aktiviti rempuh halangan, kami pergi jungle traking plak...kami masuk hutan sintok..penat juga mendaki ni..aduh lama exercise, semput jadinya..huhuhu..kami melintasi jambatan gantung seorang demi seorang...kami keluar di jalan hadapan canselori..pastu kena jalan balik ke padang palapes...huh! penat juga..kami sampai di padang palapes pukul 1pm..lepas ambil mkanan terus kami balik..kami tumpang kereta abg Am cafe..dia g hantar makanan kat situ..so balik kosongla..kami tumpang la dia..kami duduk di belakang beramai2...macam pati la plak..hehehe..bantai ja coz xlarat jalan dah...sampai ja TM terus makan..lpas makan, mandi dan basuh baju..masa mandi kaki aku masih mengalir darah..kena pacat la 2..tp binatang 2 dah xda..nasib baik, klu x habisla bising blok aku ni dengan jeritan maut aku..hihihik..sejam kemudian baru darah berenti selepas aku tekan beberapa kali..terus g solat n tido..penat2!!apa2 pon salah satu angan2 aku nak masuk hutan sintok dah tercapai!hihik..

tengah berkumpul..

sarapan pagi..roti dan mineral water..

aku ngn hanim

melepasi kawat berduri..

baru lepas rempuh halangan..euwww kotor kan..hihik


otw pergi hutan sintok..


my group..