Assalamualaikum...sorylah wa, lambat jawab soalan2 wa..
sebelum tu jue nak bagitau tentang syarat2 entry untuk entry ni..syarat2nya ialah (copy paste dari blog wa je la ye..hihi):-
>> Tak boleh tag orang yang sama..
>> Harus meletakkan syarat2 ni di entry..
>> Pastikan mereka semua tahu mereka sudah di'tag'..
>> Ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri & bkn orang lain..
>> Jawab semua soalan yg diberi oleh org yg tag anda itu, dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yang anda ingin tag..
okla ni jawapan dari soalan2 Najwa
1. Apa nama manja ampa dan kenapa?
Jawapan:
jue..kenapa erk?dah semua org panggil nama saya cam tu kecuali umi saya ja panggil nama penuh saya..juwairiah!tapi saya memg suka org panggil nama 'jue' kerana rasa janggal la plak bila org panggil nama penuh...dikhaskan utk umi saya ja..(klu umi saya panggil nama 'juwairiah' , saya rasa sangat la diberi perhatian)..huhu..
2. Makanan apa paling susah nak telan?
Jawapan:
uih..banyak ni..bukan paling susah saja, tapi memang xboleh nak telan pon iaitu sosej/hotdog...emm memang xboleh nak gigit pon..selain itu, saya xreti nak makan semua jenis asam kecuali asam keping dan asam jawa ja..dah 2 asam tu je masuk dalam masakan..memang makan juga la..asam jenis lain, semua xboleh telan..makanan ringan juga saya kurang gemar..kalau minuman plak, 100plus dan minuman bergas..emm memang xlepas tekak la..mesti termuntah balik..dah wat experimen semua, tapi masih gagal juga!hahaha...
3. Pengalaman manis sepanjang Form 6?
Jawapan:
emm...banyak la juga..antaranya lawatan ke Cameron Highland bersama rakan2 f6..mengendalikan hari guru sekolah, saya kena bawa bunga manggar semasa perarakan guru ke dewan sekolah..hehe..tidak dapat dilupakan ucapan dan nasihat dari arwah cikgu Fuad (Abah)..seorang guru yang sangat sempoi, lucu dan friendly..nasihat dan peringatan beliau, saya masih ingat sampai ke hari ini..sayangnya xdapat bersama2 meraikan kejayaan kami dapat masuk ke ipta2...Al-Fatihah buat Almarhum...
4. Sapa pemegang rahsia terbesar dalam hidup ampa?
Jawapan:
Tak tahu ke??la...mestilah awak Nurun Najwa Khalid...awak pemegang rahsianya..nak kata rahsia besar, xde la besar sangatnya..hehe..awak kan bezfriend forever (bff) saya..hehe..xjumpa lagi sahabat yang sebaik awak..awak memang baik la wa..tq to be myfriend!
5. Ampa suka pantai ka air terjun?
Jawapan:
Saya suka dua-dua la...dua2 alam semulajadi, mestilah cantik kan..tapi yang paling saya suka, air terjun la..berasa tenang ja mendengar bunyi air jatuh dan ungas2 hutan..
6. Berapa bajet utk kawen?
Jawapan:
Bergantung pada kemampuan pasangan saya nantilah...sederhana2 cukupla..xperlu grand2 bagai..berkat 2 yang penting...yang pasti pasangan saya 2 dapat jadi imam untuk keluarga dan membimbing saya mendekatkan diri pada Allah..xperlu nak mewah2 sangat la...
7. Hello Kitty dgn Shin Chan, mana lg comei?
Jawapan:
Emm mestilah Hello Kitty...cutenya!!!!!kartun kegemaran saya dari sekolah..hihik..
8. Ampa kaki shoping atau tidak? kenapa?
Jawapan:
Emm mestilah x..saya kan guna kaki manusia..hehehe..emm beli yang mana perlu ja..tapi kalau bila ada mega sell, boleh juga la jadinya kaki shoping 2..hihihik..
9. Pandangan ampa tentang - takdir ?
Jawapan:
Takdir adalah sesuatu ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah..kita perlu menerimanya dengan redha...setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya..teruskan berusaha dan berdoa jika mahu berubah kepada kebaikan!
10. Sepanjang dok kat U, apa aktiviti paling best ampa pernah lalui?
Jawapan:
Ish..banyak ni..antaranya camping di lata celak,baling n camping di Kem Kandu, Perak...kursus pengurusan organisasi kat balik pulau, Penang..dan banyak lagi la..
11. Mandi sehari bopa kali? huhuhu..
Jawapan:
Sekurangnya 2kali sehari...sebabnya kadang2 cluz dari pagi sampai petang..tapi kalau kelas habis tengahari, mandi ja terus..petang nanti mandi lain...so selalu 3 kali sehari la...kalau panas sangat, tengah malam pon saya mandi lagi..tapi xselalu la..xbaik untuk kesihatan kan..hehehe..
ok la..ni soalan untuk cik salsa dan layna..
1. Apa aktiviti hujung minggu anda semasa di uum?
2. Siapa teman paling rapat anda di uum?
3. Penah ponteng kuliah tanpa sebab x?
4. Berapa kali dalam sebulan anda pergi bersenam?
5. Berapa banyak program yang anda join sepanjang belajar di uum?
6. Berapa kerap anda balik kampung dalam sebulan?
7. Bila kali terakhir anda pergi perpustakaan SB?
8. berapa kali sehari anda makan?
9. Jam berapa selalu anda tidur?
10. Apakah barang penting yang akan anda bawa kemana2 saja?
11. Apakah pengalaman manis anda sepanjang belajar di uum?
May 25, 2012
Jawapan Untuk Soalan Wawa
Posted by Jue at 25.5.12 1 comments
May 22, 2012
Eksplorace di UUM
21 Mei 2012,.eksplorace ni dibuat oleh pelajar2 master komunikasi..event ni besar la juga..selain eksplorace ada permainan lain seperti congkak, teng-teng, batu seremban, tuju kasut dan melukis & mewarna...lecturer komunikasi aku, cik ayu suruh kami join game ni..dia akan bagi markah tambahan utk sesiapa yang join..disebabkan sema game dah penuh cuma tinggal eksplorace je..so aku pon daftar masuk eksplorace la..setiap kumpulan ada 2 org ahli..aku satu group ngn som chay iaitu budak group asgnment komunikasi aku..kami perlu bayar rm6 untuk daftar game ni..kami berjanji pakai baju warna biru..jam 2 petang kami pergi daftar di kaunter..xramai yang datang masuk eksplorace..3 kumpulan ja..kami dilepaskan pada jam 2.30ptg..klu pertama yang kami dapat ialah 'ulat buku'..so kami pergi perpustakaan sultanah bahiyah..di sana kami perlu jawab soalan iaitu apakah ibu negara algeria..kami lulus..so kami dapat klu yg ke2 utk pergi ke tempat lain iaitu 'bank Islam lama',,,tahu x kat mana?? kat dewan konvesyen la..kami pergi kat sana..kami kena makan makanan thailand iaitu som tang kot..aku xpasti sgt sebutannya..hihik..erk aku xmakan la..rasa sket ja, selebihnya som chay yg habiskan..dia memg suka makanan 2 sebab dia kn bangsa thailand juga..huhu..soalan yg kami perlu jawab ialah apakah bahan2 di dalam makanan tersebut..hah sudah!aku memg xpenah masak makanan ni..som chay dapat memberikan jawapan yg tepat..huh cayalah chay!huhu..kemudian kami diberi klu yg ke3 iaitu 'haiwan berkaki empat, berlari pantas'...senang ja..kandang kuda la..di sana kami disambut dengan welcome to china...haha..kami diberi 2 pilihan samada nak buat part 1 or 2..kami pilih satu,,so kena jawab soalan berkaitan negeri china,,kami perlu dapat 8/10 dalam masa 2minit..agak2 boleh buat x??huh susah jga soalannya..kami gagal, so kami diberi pilihan utk tggu selam 15minit atau buat part ke2..aku pilih buat part 2..iaitu kena masukkn benang ke ke jarum yg berada di atas polistrin tanpa memegang jarum dalam masa 2minit..huhu..kacang je...aku dapat siapkan kurang dari 1 minit..hebat x?haha..kemudian kami dilepaskan utk ke cekpoint seterusnya iaitu klunya 'diantara dkg 4 dan dkg 6'..mestilah dkg 5 kn..hihi..kami p dkg 5..kami perlu cantum puzzle yang berbentuk gambar pemandangan sebuah tempat di korea..kemudian kami perlu meneka di mana tempat tersebut..aku dapat jawab bila dia bagi klu 'pulau'..ha tentulah pulau jeju..yg 2 ja pulau yg aku tahu di korea..hehehe..cekpoint terakhir kami adalah di cafe dkg 6 iaitu di hujung skali..wah! penat juga berlari dalam panas ni..di cekpoint tersebut kami perlu menghidu dan meneka bahan2 di dalam keempat2 cawan tersebut dengan menutup mata..mulanya chay yg hidu..dia ckp kat aku macam rokok..hah sudah!xmgkin la..so aku bau la..nasib baik aku dapat hidu..bahan2 dlm keempat2 cawan tersebut ialah kulit kayu manis, bunga lawang.serbuk kari dan bunga cengkih..betul!!wah! aku pon xpercaya kami bleh jawab semua cekpoint dalam masa 35minit sahaja..lepas ja game kami habis, aku pergi tgok peserta2 mewarna..cik ayu pon masuk juga..lpas 2 dia tggal kat aku, dia suh habiskan mewarna..huh na..! lama xmewarna, jadi kekok plak..huhu..tp aku dapat juga selesaikannya...selepas penyampaian hadiah bg game eksplorace, aku pon balik la..hadiah yg aku dapat ialah hamper( kena bahagi 2 dgan som la), baucer diskaun utk rawatan badan/rawatan muka, lady care, buku note dan kek coklat..lukisan yang aku warna tadi, cik ayu tulis nama dia dan nama aku, tp aku xtggu pon penyampaian hadiah dia..xpela klu menang pon bagi kat cik ayu je..dah banyak hamper aku dapat..hehe..ok la terima kasih kepada semua yang byk menyokong dan memberi semangat kepada aku selama ini..tq juga kat kawan aku ni, som chay yg memberi kerjasama yg bagus sepanjang game ni berlangsung,,,ok la nnti aku story lagi ya..salam..
penyampaian hadiah oleh Cik Ayu...som chay dan aku.. |
ni la hadiah kami..goodies beg sorang satu dan hamper... |
Posted by Jue at 22.5.12 0 comments