BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 5, 2012

Daging masak Kari

4 Mei, 10 pagi, aku, hana dan nisa' pergi umah kak nora di Changlun. Assignment cluz bahasa arab aku kena buat video masakan arab..aku kumpulan dengan nisa'. so, kami datang umah k.nora sebab nak pinjam dapur dia la..nak masak..hana plak jadi jurufoto..huhu..kami sampai di umah kak nora jam 10.30pagi...abg rozi(suami k.nora) belikan kami nasi lemak..so kami sempatlah sarapan juga kat umah dia..dalam jam 11lebih kak nora, abg rozi ngn anak2 dorg kluar p umah saudara mereka..so kami ja la yg tinggal di umah dia..kami mula menyediakan bahan2 untuk buat masakan kari daging..aku bawa sedikit bahan2 yang kering dari rumah..nisa' beli daging, santan dan ubi kentang..selepas semua bahan2 disediakan, hana mula buat rakaman..kami bercakap bahasa arab la..nisa' beritahu bahan2nya manakala aku plak buat demo masak kari daging..kami memg xhafal tapi kami tampallah skrip 2 kat dinding..nasib baik hana xtunjuk sangat muka..kalau x kantoi la kami baca..selepas abis masak, kami makan sama..kami pulang pada jam 4ptg..sempat lagi tapau untuk makan malam..hehehe..


Bahan-bahan ( Anggaran 3 orang. )

  • ½ kg daging - dihiris keping
  • 2 ulas bawang merah– di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1.5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 sudu besar rempah kari daging – di campur dgn air – jadikan pes
  • 1 kotak santan 
  • 15 biji cili kering -dikisar
  • 2 biji ubi kentang  ( di kupas dan di potong )
  • 1 keping asam
  • 1 batang serai- dititik
  • 2 sudu besar kerisik
  • halia- ditumbuk
  • minyak untuk tumis
  • sos lada hitam
  • garam, gula, dan perisa secukupnya
  • air secukupnya..

Cara-cara

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pes kari daging, kerisik dan cili yang dikisar. Masak atas  api perlahan sehingga wangi.
  4. Masukkan daging dan ubi kentang yang telah dipotong.
  5. Tuangkan sedikit  air ke dalamnya untuk mengelakkan rempah jadi kering.
  6. Masukkan juga asam keping dan serai yg dititik.
  7. Tunggu sehingga daging sedikit empuk,masukkan santan dan air untuk yang suka kuah banyak..
  8. Tuangkan sedikit sos lada hitam jika mahu lebih pedas.
  9. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perencah secukupnya. gaul sehingga sebati.
  10. Setelah daging telah empuk, maka api boleh ditutup. sedia untuk dihidang.


baca skrip sambil breakfirst!






daging masak kari



rumah kak nora


Apr 21, 2012

Praktikal di Tesko Mergong - E-MAN

Kelmarin, 20 April 2012, aku dengan ahli2 group asgment aku p interview company untuk asgnment subjek gelagat dan kemahiran usahawan.. kami naik bas Mara liner sehingga ke Shahab Perdana..aku, janet, azi dan nana je..kak rin terlepas bas..so dia follow bas kemudian la..sampai ja sahab kami terus naik teksi pergi tesko mergong, alor star..kami sampai di tesko pada jam 1ptg..sampai tesko kami terus g kios E-MAN..kami beritahu kepada pekerja yg menjaga kios tersebut..dia berbesar hati menjemput kami..sebelah kios e-man ada kios kuih loyang..pekerja 2 juga minta tolong kami menjaga kios dia sebabnya dia nak p solat jumaat seperti pekerja e-man juga..kami 4 org bahagila tugas..azi ngn nana jaga kios eman , aku ngn janet jaga kios kuih loyang..setelah 1 jam menjual, kak rin pon sampai..kami bergilir pergi surau..mulanya nana n azi pergi solat dulu..aku ngn kak rin plak yg jaga kios eman..janet sorang jaga kuih loyang..banyak juga yang kami jual..di kios eman, kami tolong jual air minuman eman coco dan eman cafe, paket eman coco 900g, sachet papan eman coco dan eman cafe..sebelum pelanggan beli, kami beri dorg rasa dahulu air tersebut..kebanyakan pelanggan berpuas hati dan memuji rasa air eman koko dan eman cafe tersebut..kami begitu excited dapat jual banyak produk di situ..aku juga pergi beramah mesra dengan pemilik2 kios yang lain, antaranya kios keropok lekor, sarang burung walid, biskut bangkit, Qaisara cafe dan macam2 lagi..pada jam 4.30petang, owner syarikat e-man, tuan haji din datang melawat bersama isterinya..kami bergilir2 membuat interview tentang penubuhan syarikatnya untuk mendapatkan data2 asgment kami..selepas tu kami bergambar beramai2..pada jam 5.30ptg, kami balik menaiki teksi ke sahab perdana..kami makan sebelum naik bas pada jam 6.15ptg..kami sampai di UUM pada jam 7.30mlm..selepas mandi dan solat aku pergi perjumpaan group discution yang lain iaitu komunikasi organisasi..kumpulan kami, 10 Genius perlu interview kumpulan lain iaitu semarak holding untuk melengkapkan asgnment paper ini..aku pulang ke dpp TM pada jam11.30mlm bersama fiza..walaupon badan terasa sangat letih, tapi aku berpuas hati aktiviti aku hari ini..aku banyak dapat pengalaman yang xdapat dibeli..aku belajar menjual dan berkomunikasi baik dengan pelanggan..ok lah len kali aku story lagi..
















mlm-discustion komunikasi organisasi..





Apr 8, 2012

Kem Kandu Eco Advanture

Sekarang ni pelajar ijazah UUM tengah bercuti semester selama seminggu..tapi aku xbalik umah lagi..aku balik esok la sebabnya aku baru balik dari camping di kem kandu maghrib tadi...camping ni anjuran gabungan mahasiswa anak-anak perak..aku kn dilahirkan di perak, so joint ja la..lagi pon member2 sek aku dulu ada ikut juga..kami bertolak dari varsity mall pada jam 6.30ptg ,5 april 2012..hanya 32peserta yg menyertai..kami sampai di kem pada jam 11.30 malam..kami naik lori untuk sampai di kem..bas hanya berhenti di tepi jalan besar sahaja..wah! ini pengalaman pertama aku naik lori ni..apa rasa?sgat bez duk kat belakang..try la..hihik..selepas makan malam kami memasang khemah di tempat yg disediakn..kemudian kami berkumpul untuk dibhagikan kump dan briffing tentang aktivti yang akan dijalankan...pada jam 1pagi baru kami bersurai serta tidur..












pada hari kedua, 6 April, Jumaat..selepas sarapan pagi kami berkumpul dan melakukan senaman pagi..selepas bersenam kami berjalan mengikut kumpulan masuk ke gua kandu diketuai ranger kem kandu..abg2 ranjer sema berkemahiran dh..kami masuk ke dalam gua kandu yg penuh batu2 licin..perlu lebih berhati2..dlam gua juga sangat gelap..so kami perlu membawa lampu suluh..kami diminta memakai sarung tangan untuk memegang tali...ada sesetngah tempat kami perlu menggunakan tali untuk naik ke atas dan turun ke bawah yg penuh batu berlicin..sangat berdebu dalam gua ni..sdey jga tgk, byak contengan dari pihak yg x bertanggungjawab..kita perlu jaga alam sekitar ya..hehehe..kami sampai di kem lebih kurang 12.30 tgahari..kami terus masak beramai2 untuk makan tengahari..lauknya telur dadar, ayam masak kicap dan sayur kobis..sedap juga!selepas zohor kami pergi jungle traking walaupon hujan lebat mencurah2..jauh jugala..7km..kami bercadang untuk buat water tubing sekali tapi disebabkan hujan lebat, air sungai jadi sangat deras dan keruh..jadi kami terpaksa berpatah balik..selepas 1 km berjalan, beberapa peserta tidak larat utk berjalan lgi..oleh itu ranger2 perlu balik untuk mengambil lori membawa pulang kami..tapi dia membenarkan juga jika ada sesiapa yg mahu mengikut balik jalan sama2..iaitu berjalan selama 5km selepas ambil jalan pintas..xramai yg ikut jalan balik..lebih kurang 15org ja termasuk aku..sedeynya kami bila tiba di kem..ada khemah yg dibina runtuh..khemah aku ok cuma bumbungnya meresap air dan basahla beg baju aku..abis sema baju aku basah..lantai khemah juga bergenang air..terpaksa la kami tidur di surau malam 2..selepas magrib kami makan bbq..kami masak beramai2..ada nasi goreng, megi goreng, ayam bakar, jagung bakar, sosej bakar dan koktel..selepas makan setiap kumpulan membuat persembahan..kami juga menyanyi sama2..sangat meriah malam 2..tapi aku tidak balik tidur awal kerana aku tidak berapa sihat..





















 ok jom masak!







pada hari ketiga, 7 April, Sabtu, selepas bersarapan nasi dengan sardin, kami dibawa naik lori untuk pergi membuat aktiviti seterusnya..kami dibhagi kpada 2 kump..iaitu satu kump buat water cross dan satu kump lagi buat water tubing..kump aku dan kump satu perlu buat water tubbing dahulu..so kami kena pakai baju pelampung keselamatan..kami diberi pelangpung setiap orang untuk baring di atas pelampung..kami perlu berenang sejauh 5km untuk smpai ke garisan penamat..aku hampir lemas sebanyak 3 kali..sebabnya semasa turun cerun dan terlanggar ranting2 kayu..huh!xdapat digambarkan perasaan cemas 2..sebelah kasut aku juga hilang sebabnya tercabut dari kaki aku..sedehnya..apa2 pon aku selamat sampai ke garisan penamat dengan selamatnya walau pon bercalar2 kaki aku disebabkan tersepak batu2 sungai..air sungai sangat deras juga menyebabkan sukar aku berjalan dalam air..selepas itu kami pperlu melakukan water crossing..tapi aku xdapat buat kesemuanya..hanya suku perjalanan sebab kaki aku terdapt byak luka...selepas kump kami selesai, kumpalan yg lain pula membuat perkara yg sama..selepas semua selesai membuat aktiviti, kami pon pulang menaiki lori menuju balik ke kem...selepas sampai kami mandi dan mengemas semua barang2 untuk pulang ke rumah..pada jam 2ptg kami bergambar beramai2 selepas majlis penutup..selepas itu kami menaiki lori kembali utk menaiki bas di tepi jalan besar..kami naik bas untuk pulang ke UUM..ok la selamat bercuti ya kawan2..penuhi setiap aktiviti kamu dengan aktiviti yang berfaedah..walaupon kamu jatuh, jgn lupa untuk bangun kembali ok..fighting!!!