BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 8, 2012

Kem Kandu Eco Advanture

Sekarang ni pelajar ijazah UUM tengah bercuti semester selama seminggu..tapi aku xbalik umah lagi..aku balik esok la sebabnya aku baru balik dari camping di kem kandu maghrib tadi...camping ni anjuran gabungan mahasiswa anak-anak perak..aku kn dilahirkan di perak, so joint ja la..lagi pon member2 sek aku dulu ada ikut juga..kami bertolak dari varsity mall pada jam 6.30ptg ,5 april 2012..hanya 32peserta yg menyertai..kami sampai di kem pada jam 11.30 malam..kami naik lori untuk sampai di kem..bas hanya berhenti di tepi jalan besar sahaja..wah! ini pengalaman pertama aku naik lori ni..apa rasa?sgat bez duk kat belakang..try la..hihik..selepas makan malam kami memasang khemah di tempat yg disediakn..kemudian kami berkumpul untuk dibhagikan kump dan briffing tentang aktivti yang akan dijalankan...pada jam 1pagi baru kami bersurai serta tidur..












pada hari kedua, 6 April, Jumaat..selepas sarapan pagi kami berkumpul dan melakukan senaman pagi..selepas bersenam kami berjalan mengikut kumpulan masuk ke gua kandu diketuai ranger kem kandu..abg2 ranjer sema berkemahiran dh..kami masuk ke dalam gua kandu yg penuh batu2 licin..perlu lebih berhati2..dlam gua juga sangat gelap..so kami perlu membawa lampu suluh..kami diminta memakai sarung tangan untuk memegang tali...ada sesetngah tempat kami perlu menggunakan tali untuk naik ke atas dan turun ke bawah yg penuh batu berlicin..sangat berdebu dalam gua ni..sdey jga tgk, byak contengan dari pihak yg x bertanggungjawab..kita perlu jaga alam sekitar ya..hehehe..kami sampai di kem lebih kurang 12.30 tgahari..kami terus masak beramai2 untuk makan tengahari..lauknya telur dadar, ayam masak kicap dan sayur kobis..sedap juga!selepas zohor kami pergi jungle traking walaupon hujan lebat mencurah2..jauh jugala..7km..kami bercadang untuk buat water tubing sekali tapi disebabkan hujan lebat, air sungai jadi sangat deras dan keruh..jadi kami terpaksa berpatah balik..selepas 1 km berjalan, beberapa peserta tidak larat utk berjalan lgi..oleh itu ranger2 perlu balik untuk mengambil lori membawa pulang kami..tapi dia membenarkan juga jika ada sesiapa yg mahu mengikut balik jalan sama2..iaitu berjalan selama 5km selepas ambil jalan pintas..xramai yg ikut jalan balik..lebih kurang 15org ja termasuk aku..sedeynya kami bila tiba di kem..ada khemah yg dibina runtuh..khemah aku ok cuma bumbungnya meresap air dan basahla beg baju aku..abis sema baju aku basah..lantai khemah juga bergenang air..terpaksa la kami tidur di surau malam 2..selepas magrib kami makan bbq..kami masak beramai2..ada nasi goreng, megi goreng, ayam bakar, jagung bakar, sosej bakar dan koktel..selepas makan setiap kumpulan membuat persembahan..kami juga menyanyi sama2..sangat meriah malam 2..tapi aku tidak balik tidur awal kerana aku tidak berapa sihat..





















 ok jom masak!







pada hari ketiga, 7 April, Sabtu, selepas bersarapan nasi dengan sardin, kami dibawa naik lori untuk pergi membuat aktiviti seterusnya..kami dibhagi kpada 2 kump..iaitu satu kump buat water cross dan satu kump lagi buat water tubing..kump aku dan kump satu perlu buat water tubbing dahulu..so kami kena pakai baju pelampung keselamatan..kami diberi pelangpung setiap orang untuk baring di atas pelampung..kami perlu berenang sejauh 5km untuk smpai ke garisan penamat..aku hampir lemas sebanyak 3 kali..sebabnya semasa turun cerun dan terlanggar ranting2 kayu..huh!xdapat digambarkan perasaan cemas 2..sebelah kasut aku juga hilang sebabnya tercabut dari kaki aku..sedehnya..apa2 pon aku selamat sampai ke garisan penamat dengan selamatnya walau pon bercalar2 kaki aku disebabkan tersepak batu2 sungai..air sungai sangat deras juga menyebabkan sukar aku berjalan dalam air..selepas itu kami pperlu melakukan water crossing..tapi aku xdapat buat kesemuanya..hanya suku perjalanan sebab kaki aku terdapt byak luka...selepas kump kami selesai, kumpalan yg lain pula membuat perkara yg sama..selepas semua selesai membuat aktiviti, kami pon pulang menaiki lori menuju balik ke kem...selepas sampai kami mandi dan mengemas semua barang2 untuk pulang ke rumah..pada jam 2ptg kami bergambar beramai2 selepas majlis penutup..selepas itu kami menaiki lori kembali utk menaiki bas di tepi jalan besar..kami naik bas untuk pulang ke UUM..ok la selamat bercuti ya kawan2..penuhi setiap aktiviti kamu dengan aktiviti yang berfaedah..walaupon kamu jatuh, jgn lupa untuk bangun kembali ok..fighting!!!
















Apr 5, 2012

Malam Apreseasi Mantan JKPS dan RA

2 hari lepas, 3 April 2012 aku ngn beberapa member aku pergi dinner di hotel EDC..dinner ni untuk mantan2 jkps, ra, ketua blok dan ketua paras..kami naik bas pada jam 8mlm di bus stop TM...temanya adalah Arabian Night..ain dah post jubah dan purdah kat aku..tapi bila pakai, labuh la pula sampai xnampak kaki..besar sampai jatuh bahu..nak pakai purdah, susah plak nak makan..emm last2 tikah suruh aku pakai baju kurung dia..aku pon pakai je la..dia make up kan aku dan ajar aku pakai selendang dengan buat purdah guna selendang...asalnya aku malas ja nak g sebabnya kepala aku sangat pening sebab lambat makan lunch..huhu...tapi bila tengok hana beria-ria nak g, aku pon pergi la..kalau aku xpergi mesti dia xnak pergi juga..kami sampai di EDC lebih kurang 8.30 mlm dan terus pergi daftar..selepas semua VVIP masuk, acara pon dimulakan..kami dihidangkan dengan nasi beriani, kek coklat dan koktel..sedap tapi perut aku dah penuh angin..makan seket ja la..kami bergambar2 di meja makan..aku duduk semeja dengan mira, hana, reen, hanim, mun, faizah, titi, lavenia dan hanis..persembahan yang disediakan juga sangat menarik..ada puisi, nyanyian, tarian arab dan lakonan..sebelum acara berakhir, hamper diberi kepada bebrapa pencalonan iaitu pelajar paling sporting pada dinner tersebut utk laki dan perempuan, busana terbaik utk laki dan perempuan dan queen n king..hanis menang busana terbaik lelaki manakala aku plak menang busana terbaik perempuan!Wah terkejut juga aku!apa2 pon terima kasih kepada tikah yang banyak membantu aku..tersenyum manis la sambil membawa hamper..majlis selesai pada jam 11.30malam..













Mar 24, 2012

Kfc oh Kfc

Assalamualaikum semua..apa kabar? makan apa hari ni?? siapa suka makan kfc angkat tangan!hehe..rabu lepas, 21 mac 2012, geng sekolah aku ajak g changlun lepas kelas kol 2..emm aku pon ikut ja la..kami tunggu bas jam 3ptg..tiba2 hujan lebat plak..memg lebat selebatnya..basah seluar sampai lutut walaupun berpayung..ish2..aku minta cancer ja la tapi diorg xnak..nak juga makan kfc..tggu2 bas xda juga..last2 kami naik teksi kol 3.45ptg..sampai chglun lebih kurg jam 4lebih..terus g kfc..aku makan fun fries ngn naget ja..diorg ja makan ayam kfc..almaklumlah aku kan alergik..lagipun aku xberapa suka makanan segera ni..xkena selera la..lepas makan kami pergi c-mart la..jirah ngn erni nak beli novel..nak abiskan baucer 1 malaysia..emm aku punya pon xabis lg..sempat juga aku beli kasut lagi..hehe..kami balik jam 6lebih..emm paham2 la kalau org2 pompuan keluar shopping kan..nak beli xbanyak pon, tapi belek 2 yang lama..haha..sebelum balik kami sempat beli kerongsang lagi..kami balik ngn teksi juga..emm apa pun gembira la dapat kuar ngn diaorg..sebab diaorg ni gila-gila..bley hilang stress 2..hehe..aku xbeli novel, apelagi pinjam ja la ngn diaorg..jimat dwet aku..hehe..

tunggu bas walaupun hujan lebat..

di kfc

kfc di chglun..

makan jgn xmakan..

penuh sopan...hihik


pilih jgn xpilih..

keronsang tuk aku mana?jirah rajin blanja kn..hehe


pelbagai corak dan bentuk

Mar 18, 2012

Program Francais Komuniti Negeri Kedah 2012

Kelmarin, 18 mac 2012, aku , zana dan jijah menghadiri program ini di kolej universiti insaniah (kuin)..kami bertolak jam 9pg dengan bas di mall..lebih kurang 30lebih pelajar yang menyertainya..kami sampai lebih kurg jam 10pg di kuin, alor setar..selepas mendaftar kami melawat2 di booth2 yang dipamerkan..terdapat 16 booth yg terdiri daripada francaisor dan beberapa lagi francaisi..pada jam 11pg, majlis bermula dengan tarian pembukaan oleh pelajar sekolah rendah serta perasmian oleh wakil menteri perdgangan dalam negeri..selepas itu terdapat cabutan bertuah..ramai yang dapat..ada beberapa pelajar uum turut dapat hdiah cabutan bertuah..rezeki la kan..pada jam 1ptg, acara cbutan bertuah ditangguh untuk makan tgahari..selpas makan kami terus balik ke uum..xsempat la nak tggu acara cabutan bertuah abis..sbab bas kami dh sampai..mereka pown masih ada kerja len..kami sampai di uum lebih kurang jam 3ptg..walaupon sekejap tapi pnat jga la..xpela yang penting banyak pengetahuan yg aku dapat..







Mar 10, 2012

Kem RAKBlok..

Salam..Hai apa kabar semua?? minggu ni aku xberapa sihat sgt..biasalah tgah musim demam..banyak kelas yang aku ponteng..xpela nanti aku tulis surat cinta kat lectrer aku..hehe...emm aku nak share tentang kem yang aku pergi minggu lepas iaitu pada 1 hingga 3 Mac 2012..kem team building ni untuk RA(Resident Assistant) dan ketua blok..kem ni diadakan di kem bina negara balik pulau,pulau pinang...pada jam5ptg hari khamis kami bertolak dengan menaiki bas..sebanyak 4 buah bas membawa peserta yang terdiri daripada ra dan ketua blok setiap dpp..dpp aku ada 6 blok..so 12orang la wakil dpp tm..kami singgah solat di r&r di Gurun..kemudian bertolak terus ke kem di balik pulau..kami sampai di kem lebih kurang jam 9 stgah malam..kami dijamu makan dan solat isyak..pada jam 10 malam kami diberi taklimat serba sedikit tentang keadaan kem ni dan diberi kumpulan masing2..ahli kumpulan aku seramai 17org..terdapat 9 kumpulan semuanya..semua wang kami dan dompet kami diambil untuk disimpan..kami hanya boleh memegang ic, kad matrik dan handset sahaja..majlis selesai jam 12mlam..sebelum balik ke kamar kami diberi cadar dan selimut..aku mandi dan tidur..keesokkan pagi kami digembarkan dengan bunyi loceng kecemasan lebih kurang dalam jam 5pg..jurulatih mendapat panggilan mengatakan air ombak besar..so kami diminta berkumpul..kem ini bersebelah dengan laut..air ombak memg dapat dengar dengan jelas..jika terjadi ombak besar kami diminta berlari ke atas bukit di belakang kem tersebut..selepas merasakan keadaan selamat, kami dibenarkan pulang ke kamar..selepas mandi kami solat berjemaah di surau yang disediakan..kami berkumpul semula pada jam 7 pagi untuk aktiviti senaman pagi serta sarapan..pada jam 10 pagi kami berkumpul semula untuk taklimat aktiviti seterusnya..kami diminta menyerahkan kad matrik kami kepada jurulatih..kami diberi air mineral dan roti sebagai bekalan..kami juga mendapat sampul yang berisi rm5 setiap orang..so kami hanya memiliki handset, wang rm5 dan kad pengenalan..kemudiaan kami menaiki bas untuk dibawa ke bandar..sebenarnya kami langsung tidak tahu apa aktiviti yang akan kami perlu lakukan sehingga kami sampai di padang kota..selepas sampai kami diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan..aktiviti kami adalah eksplocity..kami perlu pergi 3cekpoint sebelum pulang ke kem pada jam 7mlam dengan wang rm5 sahaja..selepas itu kami menunggu giliran kumpulan yang akan dipanggil untuk diberi arahan..selepas 3 kumpulan berlepas, kumpulan aku pula dipanggil..kami diberi sampul yang mengandungi arahan untuk ke muzium perang, batu maung..kami perlu mencari lambang pokok seperti yang diberi contoh..kami perlu sampai dengan 17 ahli yang cukup dan menyiapkan tugasan di sana sebelum pergi ke cekpoint ke2..kami berjalan dari padang kota ke komtar...kami sampai lebih kurang jam1ptg di komtar..ahli group aku telah terjumpa dengan 2 org kawan mereka..diorang minta pinjam wang rm50 setiap sorang..so mereka dapat rm100..kami menaiki bas rapid penang untuk pergi ke batu maung..kami perlu bayar rm3.40 setiap sorg untuk pergi ke sana setelah kami diberi diskaun atas rundingan ketua kumpulan kami..harga sebenar adalah rm4..dalam perjalanan aku dapat melihat banyak ragam manusia semasa dalam bas rapid penang..aku melihat pelajar2 yang bergaduh..kesian juga aku tengok tapi kalau ditegur lagi membara nanti..takut plak aku nak tegur..nampak cam gangster2 ja..emm aku jumpa budak kecik lebih kurg 3tahun yang banyak sangat cakap dan membuli abangnya..sangat berani aku kira..dia xnak duduk di sebelah maknya tapi nk duduk di sebelah laki india iaitu di belakang mak dia..aku nak tangkap gambar dia tapi dia tunjuk penumbuk kat aku..wah! berani gler budak ni..haha..lucu plak tgok budak kecik cam gangster..klu budak laki xpela tp ni budak perempuan beb!haha...selepas 1 jam dalam perjalanan, bas kami rosak plak, so kami terpaksa tunggu bas yang lain datang amik..selepas sampai di batu maung, kami perlu mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang..kami menyumpai gambar pokok yang dimaksudkan..kami  menjawab soalan yang diberi oleh jurulatih yang ditugaskan..antaranya kami perlu menangkap gambar pembina muzium perang ni dan bergambar di depan pintu masuk muzium..ketua kami masuk ke dalam muzium perang untuk mendapatkan gambar pembina muzium perang...kami mengumpulkan wang sebanyak rm20 untuk membeli pas masuk...sementara tunggu ketua kami keluar kami bergambar2 di situ...wani berjumpa dengan sepupunya..dia mendapat rm50 daripada sepupunya..selepas selesai tugas kami, kami mendapat arahan untuk pergi ke muzium permainan( toy muzium) di Tanjung Bunga..kami menaiki bas rapid untuk pergi ke jety..untuk pergi ke tanjung bunga kami perlu naik bas dari jety..kami sampai di jety jam 5 lebih..hujan lebat mencurah-curah..kami menunggu di bus stesen,jety..ketua kami, naim pergi mencari bas untuk ke tanjung bunga..kami dimaklumkan oleh pengarah projek iaitu kak zai, cekpoint ke2 kami di tanjung Bunga dan cekpoint ke3 ialah di pulau jerejak..untuk pergi ke pulau jerejak,kami perlu naik bas di jety juga..dari pulau jerejak kami perlu balik sendiri ke BTN balik pulau..bas untuk ke tanjung bunga adalah rm2 setiap orang..so kami perlu ada rm4 setiap sorg untuk pergi dan balik...tetapi selepas dikumpul semua wang yang ada dalam kumpulan kami, kami hanya mempunyai rm85 sahaja..untuk balik ke btn kami perlu bayar rm2 juga setiap sorg..selepas berbincang kami membuat keputusan untuk terus balik ke btn balik pulau memandangkan masa dan kos yang xmencukupi..kami menaiki bas ke balik pulau..kami sempat membeli 2 bungkus roti keping gardenier dan 3 botol air mineral besar..kami berkongsi makan dalam bas..nampak kelaparan dah masing2..haha..kami sampai di stesen bas balik pulau pada jam 9 malam..kemudian bas unic iaitu bas kami datang ambil untuk balik ke kem..kami balik mandi dan makan..kami juga diberi tahu da beberapa kumpulan yang masih di jeti kerana tidak cukup wang untuk balik ke kem..namun mereka sempat pergi ke cek point ke2..mereka balik lebih kurang jam 11malm..ada kumpulan yang sempat menyiapkan ketiga-tiga cekpoint kerana jarak tempat mereka tidak terlalu jauh..ada mereka yang melakukan kerja untuk mendapat wang lebih..seperti bekerja di kedai makan, menjual bekalan yang diberi dan menangkap gambar untuk foreigner serta mengambil bayaran untuk tempat yang percuma(agak kejam di situ ye)haha..bijak juga diaorg ye....kesian jugala untuk kumpulan yang sampai lambat di kem..


berkumpul untuk dikutip kad matrik..

bas unic di belakang yang akan membawa kami ke padang kota.


padang kota

rapid penang yang kami naiki..

dalam bas rapid penang..

budak kecik yang garang..haha

ahli2 group aku..

mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang..


pemandangan dari atas muzium perang..

mengumpul wang untuk membeli pas masuk muzium..rm20

bergambar di hadapan muzium perang..



Pada hari ke3, kami berkumpul pada jam 7pagi untuk senaman pagi dan sarapan..kami berkumpul semula jam 8.30pagi untuk aktiviti seterusnya..kami dikehendaki membuat flying fox, abseiling dan meniti atas tali....wah!excited btol aku! walaupun sedikit takut, tapi aku buat juga..aku cabar diri aku untuk buat aktiviti tersebut..sangat lega bila dapat menjerit ketika naik flying fox..haha..kalau nak thu rasanya cubalah sendiri..bez!selepas selesai aktiviti tersebut, kami balik ke kamar untuk mandi dan mengemas barang untuk pulang..pada jam 1ptg, kami berkumpul di dewan..majlis penutupan dibuat dan penyerahan semula dompet, kad matrik dan diberi sijil..selepas itu kami makan tengahari bersama2 sebelum naik bas balik..ops! xbalik lagi, kami singgah di Quesbay Mall,pulau pinang..saja jalan2..hehe..jam 7malam kami bertolak balik...sampai di uum jam 11mlm selepas singgah 1jam di hentian sebelah gurun..walaupon sangat letih tp aku merasa puas kerana banyak pengalaman yang aku dapat melalui kem ini..yang penting sentiasa ingin mencuba dan think positive..so anda tidak akan merasa sia-sia setiap apa yang lakukan walaupun dipaksa untuk melakukan..ok just do it!

bersedia untuk naik flying fox..

ni nak naik abseiling..

perlu naik ke menara untuk melakukan flying fox dan abseiling.

aku tengah melakukan abseiling..

pengetua dpp juga melakukan flying fox..

meniti tali atas air..

pasti ada yang jatuh..hehe

RA2 dan K.blok2 dpp tm..

bergambar sebelum balik..


the end!!