Bila hati berbicara.
Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci
Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan
Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh
Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan
Sep 25, 2016
Posted by Jue at 25.9.16 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)