BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 24, 2012

Kfc oh Kfc

Assalamualaikum semua..apa kabar? makan apa hari ni?? siapa suka makan kfc angkat tangan!hehe..rabu lepas, 21 mac 2012, geng sekolah aku ajak g changlun lepas kelas kol 2..emm aku pon ikut ja la..kami tunggu bas jam 3ptg..tiba2 hujan lebat plak..memg lebat selebatnya..basah seluar sampai lutut walaupun berpayung..ish2..aku minta cancer ja la tapi diorg xnak..nak juga makan kfc..tggu2 bas xda juga..last2 kami naik teksi kol 3.45ptg..sampai chglun lebih kurg jam 4lebih..terus g kfc..aku makan fun fries ngn naget ja..diorg ja makan ayam kfc..almaklumlah aku kan alergik..lagipun aku xberapa suka makanan segera ni..xkena selera la..lepas makan kami pergi c-mart la..jirah ngn erni nak beli novel..nak abiskan baucer 1 malaysia..emm aku punya pon xabis lg..sempat juga aku beli kasut lagi..hehe..kami balik jam 6lebih..emm paham2 la kalau org2 pompuan keluar shopping kan..nak beli xbanyak pon, tapi belek 2 yang lama..haha..sebelum balik kami sempat beli kerongsang lagi..kami balik ngn teksi juga..emm apa pun gembira la dapat kuar ngn diaorg..sebab diaorg ni gila-gila..bley hilang stress 2..hehe..aku xbeli novel, apelagi pinjam ja la ngn diaorg..jimat dwet aku..hehe..

tunggu bas walaupun hujan lebat..

di kfc

kfc di chglun..

makan jgn xmakan..

penuh sopan...hihik


pilih jgn xpilih..

keronsang tuk aku mana?jirah rajin blanja kn..hehe


pelbagai corak dan bentuk

Mar 18, 2012

Program Francais Komuniti Negeri Kedah 2012

Kelmarin, 18 mac 2012, aku , zana dan jijah menghadiri program ini di kolej universiti insaniah (kuin)..kami bertolak jam 9pg dengan bas di mall..lebih kurang 30lebih pelajar yang menyertainya..kami sampai lebih kurg jam 10pg di kuin, alor setar..selepas mendaftar kami melawat2 di booth2 yang dipamerkan..terdapat 16 booth yg terdiri daripada francaisor dan beberapa lagi francaisi..pada jam 11pg, majlis bermula dengan tarian pembukaan oleh pelajar sekolah rendah serta perasmian oleh wakil menteri perdgangan dalam negeri..selepas itu terdapat cabutan bertuah..ramai yang dapat..ada beberapa pelajar uum turut dapat hdiah cabutan bertuah..rezeki la kan..pada jam 1ptg, acara cbutan bertuah ditangguh untuk makan tgahari..selpas makan kami terus balik ke uum..xsempat la nak tggu acara cabutan bertuah abis..sbab bas kami dh sampai..mereka pown masih ada kerja len..kami sampai di uum lebih kurang jam 3ptg..walaupon sekejap tapi pnat jga la..xpela yang penting banyak pengetahuan yg aku dapat..







Mar 10, 2012

Kem RAKBlok..

Salam..Hai apa kabar semua?? minggu ni aku xberapa sihat sgt..biasalah tgah musim demam..banyak kelas yang aku ponteng..xpela nanti aku tulis surat cinta kat lectrer aku..hehe...emm aku nak share tentang kem yang aku pergi minggu lepas iaitu pada 1 hingga 3 Mac 2012..kem team building ni untuk RA(Resident Assistant) dan ketua blok..kem ni diadakan di kem bina negara balik pulau,pulau pinang...pada jam5ptg hari khamis kami bertolak dengan menaiki bas..sebanyak 4 buah bas membawa peserta yang terdiri daripada ra dan ketua blok setiap dpp..dpp aku ada 6 blok..so 12orang la wakil dpp tm..kami singgah solat di r&r di Gurun..kemudian bertolak terus ke kem di balik pulau..kami sampai di kem lebih kurang jam 9 stgah malam..kami dijamu makan dan solat isyak..pada jam 10 malam kami diberi taklimat serba sedikit tentang keadaan kem ni dan diberi kumpulan masing2..ahli kumpulan aku seramai 17org..terdapat 9 kumpulan semuanya..semua wang kami dan dompet kami diambil untuk disimpan..kami hanya boleh memegang ic, kad matrik dan handset sahaja..majlis selesai jam 12mlam..sebelum balik ke kamar kami diberi cadar dan selimut..aku mandi dan tidur..keesokkan pagi kami digembarkan dengan bunyi loceng kecemasan lebih kurang dalam jam 5pg..jurulatih mendapat panggilan mengatakan air ombak besar..so kami diminta berkumpul..kem ini bersebelah dengan laut..air ombak memg dapat dengar dengan jelas..jika terjadi ombak besar kami diminta berlari ke atas bukit di belakang kem tersebut..selepas merasakan keadaan selamat, kami dibenarkan pulang ke kamar..selepas mandi kami solat berjemaah di surau yang disediakan..kami berkumpul semula pada jam 7 pagi untuk aktiviti senaman pagi serta sarapan..pada jam 10 pagi kami berkumpul semula untuk taklimat aktiviti seterusnya..kami diminta menyerahkan kad matrik kami kepada jurulatih..kami diberi air mineral dan roti sebagai bekalan..kami juga mendapat sampul yang berisi rm5 setiap orang..so kami hanya memiliki handset, wang rm5 dan kad pengenalan..kemudiaan kami menaiki bas untuk dibawa ke bandar..sebenarnya kami langsung tidak tahu apa aktiviti yang akan kami perlu lakukan sehingga kami sampai di padang kota..selepas sampai kami diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan..aktiviti kami adalah eksplocity..kami perlu pergi 3cekpoint sebelum pulang ke kem pada jam 7mlam dengan wang rm5 sahaja..selepas itu kami menunggu giliran kumpulan yang akan dipanggil untuk diberi arahan..selepas 3 kumpulan berlepas, kumpulan aku pula dipanggil..kami diberi sampul yang mengandungi arahan untuk ke muzium perang, batu maung..kami perlu mencari lambang pokok seperti yang diberi contoh..kami perlu sampai dengan 17 ahli yang cukup dan menyiapkan tugasan di sana sebelum pergi ke cekpoint ke2..kami berjalan dari padang kota ke komtar...kami sampai lebih kurang jam1ptg di komtar..ahli group aku telah terjumpa dengan 2 org kawan mereka..diorang minta pinjam wang rm50 setiap sorang..so mereka dapat rm100..kami menaiki bas rapid penang untuk pergi ke batu maung..kami perlu bayar rm3.40 setiap sorg untuk pergi ke sana setelah kami diberi diskaun atas rundingan ketua kumpulan kami..harga sebenar adalah rm4..dalam perjalanan aku dapat melihat banyak ragam manusia semasa dalam bas rapid penang..aku melihat pelajar2 yang bergaduh..kesian juga aku tengok tapi kalau ditegur lagi membara nanti..takut plak aku nak tegur..nampak cam gangster2 ja..emm aku jumpa budak kecik lebih kurg 3tahun yang banyak sangat cakap dan membuli abangnya..sangat berani aku kira..dia xnak duduk di sebelah maknya tapi nk duduk di sebelah laki india iaitu di belakang mak dia..aku nak tangkap gambar dia tapi dia tunjuk penumbuk kat aku..wah! berani gler budak ni..haha..lucu plak tgok budak kecik cam gangster..klu budak laki xpela tp ni budak perempuan beb!haha...selepas 1 jam dalam perjalanan, bas kami rosak plak, so kami terpaksa tunggu bas yang lain datang amik..selepas sampai di batu maung, kami perlu mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang..kami menyumpai gambar pokok yang dimaksudkan..kami  menjawab soalan yang diberi oleh jurulatih yang ditugaskan..antaranya kami perlu menangkap gambar pembina muzium perang ni dan bergambar di depan pintu masuk muzium..ketua kami masuk ke dalam muzium perang untuk mendapatkan gambar pembina muzium perang...kami mengumpulkan wang sebanyak rm20 untuk membeli pas masuk...sementara tunggu ketua kami keluar kami bergambar2 di situ...wani berjumpa dengan sepupunya..dia mendapat rm50 daripada sepupunya..selepas selesai tugas kami, kami mendapat arahan untuk pergi ke muzium permainan( toy muzium) di Tanjung Bunga..kami menaiki bas rapid untuk pergi ke jety..untuk pergi ke tanjung bunga kami perlu naik bas dari jety..kami sampai di jety jam 5 lebih..hujan lebat mencurah-curah..kami menunggu di bus stesen,jety..ketua kami, naim pergi mencari bas untuk ke tanjung bunga..kami dimaklumkan oleh pengarah projek iaitu kak zai, cekpoint ke2 kami di tanjung Bunga dan cekpoint ke3 ialah di pulau jerejak..untuk pergi ke pulau jerejak,kami perlu naik bas di jety juga..dari pulau jerejak kami perlu balik sendiri ke BTN balik pulau..bas untuk ke tanjung bunga adalah rm2 setiap orang..so kami perlu ada rm4 setiap sorg untuk pergi dan balik...tetapi selepas dikumpul semua wang yang ada dalam kumpulan kami, kami hanya mempunyai rm85 sahaja..untuk balik ke btn kami perlu bayar rm2 juga setiap sorg..selepas berbincang kami membuat keputusan untuk terus balik ke btn balik pulau memandangkan masa dan kos yang xmencukupi..kami menaiki bas ke balik pulau..kami sempat membeli 2 bungkus roti keping gardenier dan 3 botol air mineral besar..kami berkongsi makan dalam bas..nampak kelaparan dah masing2..haha..kami sampai di stesen bas balik pulau pada jam 9 malam..kemudian bas unic iaitu bas kami datang ambil untuk balik ke kem..kami balik mandi dan makan..kami juga diberi tahu da beberapa kumpulan yang masih di jeti kerana tidak cukup wang untuk balik ke kem..namun mereka sempat pergi ke cek point ke2..mereka balik lebih kurang jam 11malm..ada kumpulan yang sempat menyiapkan ketiga-tiga cekpoint kerana jarak tempat mereka tidak terlalu jauh..ada mereka yang melakukan kerja untuk mendapat wang lebih..seperti bekerja di kedai makan, menjual bekalan yang diberi dan menangkap gambar untuk foreigner serta mengambil bayaran untuk tempat yang percuma(agak kejam di situ ye)haha..bijak juga diaorg ye....kesian jugala untuk kumpulan yang sampai lambat di kem..


berkumpul untuk dikutip kad matrik..

bas unic di belakang yang akan membawa kami ke padang kota.


padang kota

rapid penang yang kami naiki..

dalam bas rapid penang..

budak kecik yang garang..haha

ahli2 group aku..

mendaki bukit untuk pergi ke muzium perang..


pemandangan dari atas muzium perang..

mengumpul wang untuk membeli pas masuk muzium..rm20

bergambar di hadapan muzium perang..



Pada hari ke3, kami berkumpul pada jam 7pagi untuk senaman pagi dan sarapan..kami berkumpul semula jam 8.30pagi untuk aktiviti seterusnya..kami dikehendaki membuat flying fox, abseiling dan meniti atas tali....wah!excited btol aku! walaupun sedikit takut, tapi aku buat juga..aku cabar diri aku untuk buat aktiviti tersebut..sangat lega bila dapat menjerit ketika naik flying fox..haha..kalau nak thu rasanya cubalah sendiri..bez!selepas selesai aktiviti tersebut, kami balik ke kamar untuk mandi dan mengemas barang untuk pulang..pada jam 1ptg, kami berkumpul di dewan..majlis penutupan dibuat dan penyerahan semula dompet, kad matrik dan diberi sijil..selepas itu kami makan tengahari bersama2 sebelum naik bas balik..ops! xbalik lagi, kami singgah di Quesbay Mall,pulau pinang..saja jalan2..hehe..jam 7malam kami bertolak balik...sampai di uum jam 11mlm selepas singgah 1jam di hentian sebelah gurun..walaupon sangat letih tp aku merasa puas kerana banyak pengalaman yang aku dapat melalui kem ini..yang penting sentiasa ingin mencuba dan think positive..so anda tidak akan merasa sia-sia setiap apa yang lakukan walaupun dipaksa untuk melakukan..ok just do it!

bersedia untuk naik flying fox..

ni nak naik abseiling..

perlu naik ke menara untuk melakukan flying fox dan abseiling.

aku tengah melakukan abseiling..

pengetua dpp juga melakukan flying fox..

meniti tali atas air..

pasti ada yang jatuh..hehe

RA2 dan K.blok2 dpp tm..

bergambar sebelum balik..


the end!!

Feb 25, 2012

Story Lepas

Salam semua..sekarang ni aku dh di UUM..memulakan sem baru..insyaAllah klu tiada aral melintang tahun ni study aku abis..sem ni aku agak sibuk sket la..aku dilantik jadi RA( Resident Assistant)..lebih senang sebut jawatan aku sebagai ketua hostel bg blok A, bantu pentadbiran di pejabat kolej aku la..so aku kena datang awal  sehari sebelum pelajar lain datang untuk membantu staf2 pejabat pada hari pendaftaran pelajar..aku datang pada 16 Feb..emm rasa sekejap je cuti..lebih kurang sebulan ja..cuti sem lepas aku xkerja..duduk umah tolong umi ja..lagipun kt umah aku tinggal beberapa ja..yang lain sema dah tinggal di asrama dan bekerja..yang tinggal pun umi, abuya, handzalah, masyitah dan baby sumaiyah..ain ngn husban dia ada blik sekejap bwa atiyah..aku balik cuti sem abuya datang amik..hana tumpang umah aku 2 hari kerana bas dia tiada..aku bawa la dia jalan2 ke Pantai Merdeka, Centre Square dan pasar malam Tikam Batu..aku juga sempat berjumpa lela..dia datang umah anta kain untuk membuat baju..dia tempah kat umi ja..aku tolong menjahit juga..sket2 ja..hehe..kadang2 pagi2 aku ngn lela kluar bersiar2 kat sawah padi dengan menunggang basikal..selain 2 aku sempat juga bertemu sahabat baik aku Nurun najwa khalid..aku bertandang ke umah dia selepas membuat ujian darah di klinik berdekatan umahnya..kami keluar shopping barang2 sket..najwa drive kereta mak dia..lpas 2 kami makan2..najwa la blanja..aku dh habis dwet shopping..hehe..xpe wa, nnti next time jue blanja plak..janji!hehe..lpas mkan kami terus balik..wa tumpang solat mgrib kat umah aku sebelum dia balik  umahnya..bila la plak kami nk jumpa ya??seminggu sebelum buka sem baru, maria plak datang umah..dia datang dari uum coz dia ada kem..tapi dia quit dari kem trsebut sebab ada masalah sket katanya..so dia tumpang umah aku sampai sem baru bkak la..abuya hantar kami balik uum selepas hantar adik2 pergi sekolah..dalam perjalanan kereta plak berasap..nasib baik xnaik highway lagi..rupanya abuya terlupa tutup minyak hitam selepas isi minyak hitam...nasib baik juga ada saudara mara di sungai petani..so abuya pinjam moto dia pergi beli penutup minyak hitam 2..kami berehat sekejap di rumah saudara aku tu..kami sampay di uum hampir zohor..selepas mendaftar aku mengemas bilik..aku dapat bilik sorg sebab aku ketua asrama..bersyukurlah tiada apa2 kejadian buruk terjadi..ape yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi..yang penting kita jangan berputus asa..bertawakal selepas berusaha ye!azam sem baru..hehe..


berbasikal dengan lela!
















Jan 16, 2012

Cuci Gigi

Pagi tadi aku ngn keyla g Pusat Pergigian Universiti utk cuci gigi..kami pergi jam 8.30pg..mendaftar pada jam 8.45pg..emm ramai jga org..terpaksalah menunggu lama..jam 10 pagi baru kami mendapatkan rawatan..student xdikenakan bayaran taw!so jangan malas2 nk datang!!aku cuci gigi ja..keyla plak wat tampalan pada giginya yg berlubang..emm xlama pown..just 10minit ja..skejap kan!klu selalu cuci xperlu la lma2..utk pengetahuan korg, kita perlu mencuci gigi 2 kali setahun iaitu setiap 6 bulan sekali..takut??xperlu la nk takut ya..doktor gigi bukannya makan orang pown....dia cuma periksa gigi kamu sahaja..kalau perlu cabut,cabutla..kalau perlu cuci, just cuci..xsakit pown...kalau yg kali pertama maybe nyilu sedikit ja..xperlu risau k..kita perlulah jaga gigi agar senyuman sentiasa berseri..malula klu org tgk gigi xbersih tambah2 kalau kamu orang perempuan..jatuh saham beb!!hehe..gigi kuning??sebenarnya kita orang melayu kulit yang sawo matang ni memg gigi kita berwarna kekuning-kuningan..tapi xla sampai kuning pekat ya..mana ada orang gosok gigi sampai gigi putih bersinar..2 iklan semata ja..yg penting gigi bersih dan nafas xberbau k...gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kalau setiap lepas makan lagi bagus..utk mengelakkan mulut berbau dan gigi lebih bersih gunala antiseptic mouthwash seperti listerine..kalau nk tahu lebih lanjut sila berjumpa dengan doktor gigi ya..ok la nasihat saya hari ni jaga kebersihan gigi agar senyuman lebih menawan...hehehe..

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang
 .


Gambar hiasan..doktor gigi sedang menyuci gigi..
     

senyuman akan berseri kan..hehe




Jan 13, 2012

Shooting Asignment B.Arab

Aku bru abis exam paper b.arab..tidak lupa aku mengucapkan ribuan terima kasih kpda ustazah aku yg byk mmbantu....tiba2 teringat aku tentang asgment yg kami perlu buat sbg asgment paper b.arab ni..kami kena shooting utk perbualan di cafe..so pada 8 disember lpas aku ngn my group asgment wat shooting kt cafe dpp eon...kmi kenala berlakon sperti dlm skrip...aku, nora dan hani jd pelanggan..elly ngn fisha jdi pelayan..hehe..siap tempah mkn lagi..haha..emm xthu la bpa la kami dpat markah utk asgment ni..ape2 pown bez dpat kerjasama dgn dorg..thanks for everything..gud job gurls!huhu..



my group asnment b.arab

aku ngn nora

hani n elly

elly n fisha

Exam...oh exam!

emm skrg ni tgah demam exam la..aku tggal lgi 2 paper ja lagi untuk menghabiskan semester 5 ni..cpatnya masa berlalu kn..pjam celik, pejam celik dah nk abis sem 5..so lgi stahun ja lagi aku di UUM ni kn..hehe...abis exam aku 19 januari ni..blik nnti abuya dtg ambik..ape2 pown aku nk ucapkan semoga berjaya utk shbat2 semua yg masih lgi bergelut dgn buku2..hehe..kpda yg sudah abis 2, semoga selamat sampay ke kg masing2..harap percutian kali ini membawa membawa kbhagian utk anda..take care ur self..ok la gud luck!!

Jan 8, 2012

Kami Blogger Utagha.


salam..emm yg warna merah 2 la bendera negeri aku..negeri kedah darul aman..asalnya aku ni berasal dari perak tp dibesarkan di kedah..dari tadika hgga universiti belajar di kedah ja..cuma klu cuti2 sek aku dihantar ke kg nenek aku di pahang..skali-skala ja kot..tp bez la jga kat kedah ni..pemandangannya cantik dgan kehijauan sawah padi dan gunung ganang yg tersergam indah..tersangatlah indah kampungku ini.. eh ape sbnarnya aku nk citer ni??ok kembali kepda tjuk..'Kami Blogger Utagha'..sbnarnya aku baru tahu kewujudan blogger2 utara ni dari sahabat aku yg bg link blog GKSB..senior dia la..so aku tgk la...aku baca jgala post2 dia..mnarik jga..n then aku pon nk la joint blogger2 utara ni..emm mcam aktif ja kan..sesuai la dgan aku..hehe..apa2 pown aku ucap terima kasihla kat shbatku (gadis sorban) yg memperkenalkan kt aku tntg blogger2 ni...klu ampa nk joint pon bley..tp ampa mesti blogger dari utara je la ye...klu nk thu lebih lanjut bkakla link ni..cik GKSB





ni la kg aku..cantikan pemandangannya!!hehe