BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 14, 2012

Kursus Induksi AJKS 2012

Dah lama entry ni dikarang, tapi xsempat2 nak post lagi...entry kali ni tentang kursus induksi yang aku hadiri..pada 29 ogos hingga 1 september 2012, aku dan beberapa pelajar jkps yang terpilih untuk menjadi AJKS (ahli jawatankuasa suai kenal) telah menjalani kursus induksi di Bukit Kachi, UUM...kami pergi dengan bas pada jam 3.30pm..selepas sampai di kachi, kami mendaftar untuk bilik penginapan...kami makan malam pada jam 8 mlm..jam 9mlm kami berkumpul dalam dewan untuk ice breaking...Encik Khairol dari pusat kaunseling yang handel..emm aktivitinya memg seronok....pelajar perempuan dan pelajar lelaki kena beratur panjang..kemudian 2 or 3 orang pelajar perempuan perlu cari seorang dari pelajar lelaki...kira kami kena berkahwin la..kawin olok2 la..bukannya betul..haha..aku ngn wani(kawan aku la, RA blok B) kami pilih hasyim (dia pon kawan kami juga, ra blok E)hihik..kami perlu berkenalan seperti nama penuh,asal, bilangan adik-beradik, pekerjaan ayah, no tel dan isteri ke berapa.. aku kena jadi ke2 la..hakhak..klakar btol..kami memg dah lama kenal..so xpayah nak kenalan sgt la..emm wani isteri 1st...pas2 en. khairol pilih beberapa keluarga (suami dan isteri2nya) ke pentas untuk kenalkan keluarga mereka..memg kelakar..ada yang isteri 3 la..dah tu,isteri2nya 1malaysia..melayu, cina dan india...bising dewan dengan gelak dorg..hahaha..
Keesokkan harinya pula 30september 2012, kami sarapan jam 8.30pg dan berkumpul di dewan jam 9pg...rehat jam 10pg hgga 10.30pg..sempat juga aku solat dhuha n mkn kuih..seperti biasa ceramah la..contohnya cara mengendalikan emosi, nak handel junior2 nanti kan...kami makan malam jam 8.30mlm..uum mengadakan jamuan raya untuk kami..so, banyaklah makanannya...macam2 ada...nasi tomato..rendang..ketupat n lemang..dadih dan buah2an...emm memg kenyang betol...pas2 sempat lagi kitaorang posing2 tuk bergambar...memg riuh rendah la kalau geng2 ajks TM ni bergambar,,"cluz ko TM"- trademark kami la 2...haha...dorg ni memg klakar...xkering gusi aku bila borak2 ngn dorang..lepas abis bergambar kitaorang masuk dewan..ada tayangan filem leftenan Adnan...cerita sejarah dulu2..ingat x?yang pasal bukit kepung kena serang oleh komunis 2...kalau lupa gi bukak buku sejarah balik..hehe..dalam jam 11.30malam Datuk Faiz(TNC UUM), Prof Amy (Pengarah Alumni) dan pengetua2 kolej masuk dewan...acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, biru warna..tepat jam 12malam (31 Ogos) kami pon menyanyikan lagu2 merdeka..ada persembahan puisi oleh seorang mpp..dan akhir majlis ditutup dengan letupan bunga api,..alahai cantiknya...lpas 2 balik la bilik..n tidur..
Pada 31 Ogos, kami menghadiri ceramah seperti biasa..tentang peranan2 setiap biro..seperti aku biro keselamatan ngn kesihatan...banyak la peranannya..berat juga 2..ok aku yakin boleh! petangnya kami main game yang dihandel oleh HEP...setiap team dpp lawan dengan dpp lain...aku pon xterlepas kena main...kami kena ikat tali kat getah..pas2 bawa bola dengan getah tersebut tanpa memegang bola..jadinya bola 2 kat atas getah yang telah diikat tali2 tersebut..pas2 kami perlu letak bola di atas botol mineral yang diletak  di tengah2 dewan..getah tersebut mesti di bawah botol...pusingan kedua para pemain yang memegang tali2 perlu tutup mata..hah sudah!ikut ja arahan..sorang kawan kami kena bagi arahan..dia cakap kiri, kami jalan kiri la..kump aku last sekali..haha...agak susah juga la..emm malam 2 kami diberi taklimat lagi..kemudian berpecah ikut biro masing2..dengar taklimat dari ajk induk plak...lps 2 balik..
Pada 1 September, slot pagi ni Prof Amy datang..dia yang bagi ceramah...sapa yang xdatang semua dia suruh datang...siap tanya setiap penghulu sape2 xdatang lagi...huh takut juga kitaorang...lpas 2 dia bahagi2kan fesilitator kpada dpp2 yang kurang ajks...n then berkumpul lagi dgn biro masing2..kump biro aku dengar taklimat dari en Raju( pegawai UK)...dia yang akan jaga keselamatan lalulintas sepanjang orientasi nanti..semoga berjalan lancar la kan...lpas taklimat ja kami bersurai...lpas makan tengahari dan solat zohor kami berkemas2 untuk pulang..sebelum pulang ke dpp, kami hadiri acara penutupan di dewan la...kami dapat layard n nametag AJKS oleh HEA..ok la 2...kami pulang naik bas juga...sampai di dpp TM jam 3 ptg...aku pergi pejabat terus..tolong kak siti(kerani pejabat TM) isi hadiah2 dalam paperbeg untuk pelajar2 baru...banyak juga la..200 lebih....lpas asar baru balik bilik n berehat la...lpas magrib kitaorang makan sama2 ngn semua ajks...lpas makan ada meting lagi dengan penghulu dan ajks2...balik dah jam 11malam n then tidor...penat kan..nanti aku cerita plak tentang orientasi budak baru ye..hehe..

para ajks mendengar taklimat...


ajks2 TM

makan bersama2..






nyanyian lagu2 merdeka..semangat tol..heee..

TNC dan Prof Amy berangkat keluar dewan..

percikan bunga api di luar dewan..cantik kan!

0 comments: